Labels

About

Introduction

Friday 25 December 2015

SEMINAR FIQH SIRAH SIRI II

بسم الله الرحمن الرحيم 



Seminar ini dianjurkan oleh pelajar JPATI tahun 1 bagi kursus Fiqh Sirah (PPPJ 1173) bersama NAHDAH. Ia diadakan pada hari Rabu bertarikh 23 Disember 2015 bertempat di Auditorium Siswa, Pusanika UKM. Tema seminar kali ini adalah ‘Menghayati Maulidur Rasul’. Sekalung ucapan terima kasih buat Ketua Jabatan, Dr. Azmul Fahimi Kamaruzaman yang sudi meluangkan masa merasmikan seminar ini. Seawal jam 8.00 pagi seminar ini dimulakan dan berakhir kira-kira jam 5.00 petang. Tahniah juga buat peserta seminar yang hadir pada hari tersebut.




Berikut merupakan senarai pembentang yang terlibat:

Ustaz Farid Mat  Zain (JPATI, FPI, UKM)

Tajuk: “Kelahiran Rasulullah S.A.W”  

Dr. Muhammad Asri Lubis (KUIS)
Tajuk: Sekiranya Rasulullah S.A.W Datang ke Rumah Kita”

3)                Ustaz Nazri Ahmad (JPQS, FPI, UKM)
Tajuk: “Israiliyat dalam Maulidur Rasul S.A.W”

4)                  Ustaz Roslan Abdul Rahman (UKM)
Tajuk: “Periwayatan Rasulullah dalam Kitab al-Rahiq al-Makhtum”
5)                 
Faris    Imadi Rosli
Tajuk: “Menjejaki risalah Muhammad S.A.W di Nusantara”








Seminar ini sangat bermanfaat buat para hadirin. Diharap seminar seperti ini akan diadakan pada masa akan datang dengan tajuk-tajuk yang lebih bermakna.


MEMPERKASA BAHASA MENELUSURI TAMADUN

Tuesday 22 December 2015

BENGKEL PENGUKUHAN BAHASA


بسم الله الرحمن الرحيم


Exco Pengukuhan Bahasa Kelab Mahasiswa Pengajian Arab dan Tamadun Islam telah menganjurkan Program Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab semester 1 sesi 2015/2016. Program ini telah diadakan sebanyak 3 kali secara berkala. Butiran program tersebut adalah seperti berikut:

            Tarikh         : 30/10/2015, 27/11/2015, 18/12/2015
            Hari             : Jumaat
            Tempat        : Bilik Kuliah Pusat Islam dan DK2.102 ATMA
            Penceramah : Ustaz Zainuddin Bin Ismail

Perasmian penutup program ini dirasmikan oleh Ustaz Hakim Zainal selaku Penasihat Kelab Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam.





PENGISIAN PROGRAM

Bengkel 1
Tajuk           : Cara Pertuturan Mudah dalam Bahasa Arab
Pembentang: Ustaz Zainuddin Bin Ismail (Ketua Projek UKM-PTS & Guru Bahasa di
                      Unit Bahasa Arab)
Moderator   : Nor Azam Bin Mohd Sukor (Pengarah Program)




Bengkel 2
Tajuk           : Isu-isu Bahasa Arab (Pra Ayat) & Penggabungan Huruf Abjad Menjadi
                      Perkataan
Pembentang: Ustaz Zainuddin Bin Ismail (Ketua Projek UKM-PTS & Guru Bahasa di
                      Unit Bahasa Arab)
Moderator   : Nor Azam Bin Mohd Sukor (Pengarah Program)




Bengkel 3
Tajuk           : Kaedah Mengenalpasti Kategori Perkataan dalam Ayat & Majlis Penutup
Pembentang: Ustaz Zainuddin Bin Ismail (Ketua Projek UKM-PTS & Guru Bahasa di
                      Unit Bahasa Arab)
Moderator   : Nor Azam Bin Mohd Sukor (Pengarah Program)





Secara keseluruhannya aktiviti ini sangat memberi manfaat kepada para peserta khususnya dalam mengaplikasikan ilmu Bahasa Arab dan kemahirannya secara teori dan praktikal. Justeru, program seperti ini wajar diteruskan pada semesta-semesta akan datang bagi melahirkan mahasiswa/i yang mampu memanfaatkan sebaiknya ilmu yang dipelajari sekaligus mencapai hasrat tema program itu sendiri iaitu melahirkan generasi fasih berbahasa Arab.




MEMPERKASA BAHASA MENELUSURI TAMADUN

Monday 21 December 2015

MAJLIS PENUTUP BENGKEL PENGUKUHAN BAHASA ARAB DAN HAYYANATAKALLAM BILLUGHATIL ARABIYYAH WAL INJILIZIAH

Tarikh: 18 DISEMBER 2015
Hari : Jumaat
Masa: 8.00 malam
Tempat : DK2.102 ATMA

Alhamdulillah berakhir sudah program Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab dan Hayyanatakallam Billughatil Arabiyyah wal Injiliziah bagi semester ini.Terima kasih kepada Ustaz Hakim Zainal selaku penasihat NAHDAH kerana sudi merasmikan majlis penutupan kedua-dua program ini. Terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz Zainuddin Ismail kerana sudi menerima jemputan sebagai tenaga pengajar Bengkel Pengukuhan Bahasa Arab.

    Tidak lupa juga kepada para juri Ustaz Hakim Zainal, Ustaz Ahmad Faathin Mohd Fadzil, Ustazah Nurul Iman Mohd Anuar Kamal dan Ustaz Roslan Abdul Rahman kerana sudi menjadi juri sepanjang berlangsungnya program Hayyanatakallam.

    Tahniah diucapkan kepada para pemenang program Hayyanatakkallam pada semester ini. 
  • Tempat pertama: Shamsatul Mardiah Akhbar Ali
  • Tempat kedua : Muhammad Syamil Mohd Hatta
  • Tempat ketiga : Nur Hafizah Fazri Suhailan.
Tahniah juga diucapkan kepada peserta yang telah beraksi di persada JPATI
Tahniah Warga JPATI.
Semoga program ini pada semester depan akan mendapat sambutam yang lebih hebat lagi. 

Manisan Kata-kata daripada Pengerusi Majlis

Tetamu Kehormat

Bacaan Doa daripada Saudara Iqbal Haq

Buah Bicara daripada Ketua Pengarah

Amanat daripada Penasihat Kelab NAHDAH sekaligus
Merasmikan Majlis Penutup

Penyampain Cenderahati pada Para Juri

Cenderahati kepada Tenaga Pengajar Bengkel
Pengukuhan Bahasa



Pemenang-pemenang Hayyanatakallam


Bergambar Bersama Sebilangan yang Hadir


* مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة *
   ~Memperkasa Bahasa, Menelusuri Tamadun~

Tuesday 15 December 2015

FAMILY DAY JPATI 2015/2016


بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah berjaya sudah program FAMILY DAY JPATI sesi 2015/2016. Seperti mana yang kita sedia maklum, Hari Keluarga Jabatan ini diadakan pada setiap tahun bagi mengeratkan ukhwah pelajar JPATI. Terima kasih kepada Prof Dr. Wan Kamal Mujani kerana sudi meluangkan masa bagi merasmikan program ini. Tahniah juga kepada ahli jawatankuasa Family Day yang bertungkus-lumus menjayakan program kali ini. Tidak dilupakan terima kasih juga kepada semua warga JPATI yang menyertai program ini.
Program ini diadakan pada hari Ahad, 13 Disember 2015 seawal pukul 7.30 pagi bertempat di Padang dan Pusat Kesatria UKM. Bermula dengan ucapan aluan dekan dan pengarah program, Mohd Syamil bin Mohd Hatta, program diteruskan dengan pelbagai permainan menarik dan mencabar. 







Acara berakhir kira-kira jam 1 petang. Hadiah disampaikan kepada para pemenang oleh pengarah program. Sebelum pulang para peserta makan tengah hari bersama-sama serta mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Semoga ukhwah yang terjalin ini akan terus berkekalan.

#JPATI GEMILANG

Tuesday 8 December 2015


SEMINAR DUNIA ISLAM ABAD KE-20
Seminar ini merupakan hasil kerjasama antara Kelab Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH) dengan pelajar-pelajar tahun 3 yang mengambil subjek Dunia Islam Abad ke-20. Perincian program adalah seperti berikut:

  • Tarikh ; 6 Disember 2015
  • Masa : 8.00 am - 4.30pm
  • Tempat : Auditorium Siswa, Pusanika UKM
  • Anjuran : Pelajar Tahun 3,Kursus Dunia Islam Abad ke-20 (PPPJ2413)
  • Pensyarah : Dr Ermy Azziaty Rozali
Berikut adalah majlis tertinggi program seminar Dunia Islam Abad ke-20:


Antara topik yang menjadi perbincangan adalah tentang isu-isu semasa dunia Islam abad ke-20 iaitu:

1. Perkembangan Dunia Islam Abad ke 19: Uthmaniyyah & Balkan
2. Perang Dunia I: Kuasa Bersekutu vs Kuasa Pusat
3. Deklarasi Balfour
4. Penyelesaian Perang Dunia I: Perjanjian Mudros & Versailles
5. Pertubuhan Republik Turki Moden & Kemal Atatürk
6. Pembubaran Khilafah Islam Uthmaniyyah
7. Reaksi Umat Islam Pembubaran Khilafah Islam
8. Sekularisme & Pembaratan di Turki
9. Pembentukan Negara Bangsa di Timur Tengah
10. Penguasaan Industri Petroleum oleh Barat di Timur
11. OPEC
12. Penubuhan & Peranan OIC



Alhamdulillah. Program ini berjalan dengan penuh jaya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah subjek Dunia Islam Abad ke-20, Dr Ermy Azziaty Rozali kerana banyak membantu dalam menjayakan seminar ini. Bantuan beliau secara langsung dan tidak langsung amatlah kami hargai. Terima kasih juga kepada perasmi seminar, Dr. Azmul Fahimi Kamaruzaman kerana sanggup meluangkan masa cuti untuk hadir bagi merasmikan program seminar DIA ke-20. Tidak lupe juga ucapan terima kasih kepada krew penggerak program yang bertungkus-lumus dalam menjadikan program Seminar Dunia Islam Abad ke-20 satu realiti serta kepada seluruh pelajar subjek Dunia Islam Abad ke-20 kerana tanpa mereka program ini tidak akan berjaya. Terima kasih juga pada bantuan secara langsung dan tidak langsung oleh warga JPATI.

Menelusuri Sejarah Menginspirasi Masa hadapan

#JPATI gemilang

Tuesday 10 November 2015

Al-Muaskar al-Lughawi III


 بسم الله الرحمن الرحيم




Nama seerti bagi program ini ialah Perkhemahan Bahasa Arab III. Diadakan pada 6-8 November 2015 bertempat di Pusat Pemantapan & Perkaderan Akidah, Jelebu, Negeri Sembilan. Perkhemahan ini melibatkan pelajar tahun 1 JPATI dan ia diadakan pada setiap tahun. Tema perkhemahan kali ini ialah ‘Hidup Bahasa dengan Azam dan Kemahuan’. Matlamat perkhemahan ini adalah untuk sama-sama memartabatkan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran yang juga seiring dengan nama jabatan sendiri iaitu, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. 

Pelbagai slot menarik diadakan selama 3 hari tersebut bersama pensyarah-pensyarah jabatan yang terlibat. Tidak dinafikan perkhemahan ini memberi peluang kepada para pelajar dalam mengaplikasikan penggunaan bahasa Arab dalam kehidupan.












مؤازرة اللغة ومواكبة الحضارة 

Wednesday 14 October 2015

KURSUS INDUKSI DAN PENGURUSAN NAHDAH 2015/2016
Hari: Ahad
Masa: 8.00 pagi - 5.30 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat Kolej Rahim Kajai

Program ini telah berjalan dengan jayanya. Alhamdulillah dan ribuan terima kasih daripada pihak pengurusan program kepada ahli kepimpinan kerana kerjasama yang diberikan. Sedikit perincian berkenaan latar program ini. 

KETUA PENGARAH
Muhammad Nur Faiz Abdullah
Fakulti Pengajian Islam/Tahun 3 A144961


TIMBALAN PENGARAH
Nur Kamilah Jusoh
Fakulti Pengajian Islam/Tahun 3 A144992


SETIAUSAHA
Durrah Sofiyah Yusri
Fakulti Pengajian Islam/Tahun 2 A149498


BENDAHARI
Ku Norsyarieza Ku Harith
Fakulti Pengajian Islam/Tahun 3 A144980

Penyampai utama KURSUS INDUKSI DAN PENGURUSAN NAHDAH ialah saudara Ahmad Faathin Mohd Fadzil. Beliau merupakan salah seorang alumni JPATI. Melaluinya, pihak exco baru memperolehi banyak pengetahuan dengan pelbagai perkongsian yang telah diberikan beliau berdasarkan pengalaman dan pembelajaran saudara Ahmad Faathin semasa bergelar pelajar.
Saudara Faathin berkongsi ilmu dengan kepimpinan baru.
Ketua Pengarah menyampaikan taklimat pembuka
Kepimpinan Baru memberikan
 sepenuh tumpuan pada perkongsian yang diberikan











Sesi Praktikal hasil daripada perkongsian




 Sesi bergambar sebelum bersurai



 "مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة ''
    Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamadun