Labels

About

Introduction

Wednesday 16 March 2016

مسابقة المناظرة باللغة العربية لكأس رئيس القسم الدراسات العربية والحضارة الإسلامية


بسم الله الرحمن الرحيم 

PERTANDINGAN DEBAT BAHASA ARAB PIALA KETUA JABATAN 
PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM

 


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang melancarkan segala urusan hamba-Nya. Terima kasih buat warga JPATI yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan program ini. Pertandingan Debat Bahasa Arab ini adalah julung kalinya diadakan di bawah anjuran NAHDAH. Diadakan pada hari Sabtu bertarikh 12 Mac 2016, bertempat di Fakulti Pengajian Islam. Seawal jam 8 pagi, program dimulai dengan taklimat peserta bertempat di Singgahan Ilmu. Seterusnya berlangsung perlawanan pusingan pertama melibatkan 4 kumpulan di 2 bilik tutorial aras 4, FPI.




         


Pertandingan debat diteruskan dengan pusingan kedua dan ketiga. Pertandingan ini diadili oleh Ustaz Zubaidi, Ustaz Andi, Ustazah Ummu Hani, Ustaz Hakim Zainal dan juga Ustazah Sumayyah Yahaya. Komen diberikan kepada para peserta selepas pertandigan. Penyertaan peserta dari setiap tahun pengajian membuktikan bahawa Bahasa Arab menjadi nadi dalam kehidupan setiap pelajar JPATI. Dalam pada itu, dapat juga dilihat wujud persaingan agak sengit dalam kalangan peserta.





Pertandingan berkhir kira-kira jam 4.30 petang. Pada sebelah malam pula diadakan majlis penutup bertempat di persada JPATI. Ramai penonton yang hadir memenuhi ruang jabatan. Majlis penutup dirasmikan oleh Dr. Kaseh dan turut disampaikan hadiah kepada para pemenang. Pemenang pertama dirangkul oleh peserta dari tahun 2, manakala tempat kedua dirangkul oleh peserta dari tahun 1. Majlis berakhir kira-kira jam 10.30 malam. Harapan daripada program ini adalah pelajar-pelajar mampu untuk bertutur dalam bahasa Arab seterusnya melibatkan diri dalam arena perdebatan.










"Memartabat Bahasa Membangun Pemikiran"

0 comments:

Post a Comment