Salam alaik..
Sejarah Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam (JPATI) tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan penubuhan Unit Bahasa dan Sastera Arab serentak dengan penubuhan UKM pada 18 Mei 1970. Unit ini bolehlah disifatkan sebagai ''Servicing Unit'' dalam Fakulti Pengajian Islam (FPI) kerana unit inilah yang akan menyediakan kursus-kursus bahasa dan sastera Arab bagi mahasiswa-mahasiswa Jabatan Syariah dan Usuluddin.
Unit ini ditubuhkan bertujuan membimbing mahasiswa supaya dapat menguasai bahasa Arab dalam peringkat tinggi untuk membolehkan mereka membuat kajian-kajian ilmiah secara mendalam, terutama tentang mendalami pengajian Islam dari sumber-sumber yang asli dalam bahasa Arab.
Unit ini juga bertujuan mengeluarkan tenaga pengajar yang benar-benar berkebolehan mengajar mata pelajaran bahasa dan kesusasteraan Arab.Di samping itu, unit ini diharap dapat melahirkan penterjemah-penterjemah yang cekap,pegawai dan penulis-penulis yang berkelayakan untuk memberi sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan negara.
Berikut ialah tenaga pengajar terawal Unit Bahasa dan Sastera Arab:
Penolong Pensyarah: Osman bin Haji Khalid
Ramli bin Haji Ismail
Haji Khairuddin H.Mohamed Al-Aliyah
Ismail bin Ariffin
Kemajuan yang dicapai sesi akademik 1971/1972
Unit ini walaupun menghadapi kekurangan tenaga pengajar tetapi telah dapat menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.Bagi melicinkan perjalanan unit ini seramai tiga orang tenaga pengajar telah diambil bagi membantu memberikan syarahan-syarahan.Seramai 62 orang pelajar tahun satu dan 35 orang pelajar tahun dua mengambil kursus daripada unit ini pada sesi kali ini.
Sementara itu,langkah-langkah untuk membesarkan lagi unit ini untuk dinaik taraf ke Jabatan yang akan dikenali dengan nama Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam giat dijalankan.Akhirnya,hasrat ini terlaksana dengan penubuhan JPATI secara rasmi mulai sesi akademik 1973/1974.
Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Tahunan Pertama (1971) dan Kedua (1971/ 1972) UKM.
Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Tahunan Pertama (1971) dan Kedua (1971/ 1972) UKM.
0 comments:
Post a Comment