Labels

About

Introduction

Sunday, 9 November 2014

BENGKEL INTENSIF BAHASA ARAB SIRI 3


Tarikh : 7 November 2014

Masa: 8-10 Malam

Tempat: Bilik Seminar Siswazah 1

Alhamdulillah Bengkel Intensif Bahasa Arab siri 3 telah diadakan dengan jayanya. Terima kasih kepada Ustaz Zainuddin bin Ismail yang sentiasa menjadi tenaga pengajar di samping membantu kami Exco NAHDAH menjayakan bengkel ini. Tahniah dan syabas juga kepada peserta yang mengikuti bengkel ini dari awal. 


Setiap siri, peserta disediakan bahan pembelajaran iaitu ayat-ayat asas bahasa arab yang digunakan dalam kehidupan seharian pelajar. Untuk siri yang pertama dan kedua, peserta masih lagi menggunakan bahan yang sama untuk bercakap dalam bahasa arab. Siri pertama pelajar hanya mendengar penerangan daripada Ustaz Zainuddin tentang cara berkomunikasi dalam bahasa arab dengan baik. Kemudian siri yang ke-2, pelajar terus dilatih berkomunikasi dalam bahasa arab dengan rakan-rakan sehingga lancar. Peserta diminta duduk bertentangan dengan rakan mereka dan dikehendaki bercakap dalam bahasa arab berdasarkan teks yang diberi sehingga lancar. Ustaz Zainuddin akan memantau peserta-peserta yang sedang berlatih.

Siri ke-3, kaedah yang digunakan adalah sama, tetapi peserta diberi teks baru untuk bercakap dalam bahasa arab. Sebelum peserta didedahkan dengan praktikal, peserta diberi penerangan cara sebutan perkataan yang betul, penggunaan kata ganti nama dan pemilihan kata kerja yang betul. Teknik penyampaian yang santai dan mudah dari Ustaz Zanuddin membuatkan peserta mudah memahami dan mampu bercakap dalam bahasa arab walaupun masih  menggunakan 'alat bantu' iaitu teks arab yang disediakan.




 Kaedah ini banyak membantu peserta kerana peserta dapat mengetahui dimana kesilapan yang biasanya dilakukan ketika berkomunikasi dalam bahasa arab. Semoga lebih ramai lagi mahasiswa/i   menyertai program yang bermanfaat sebegini pada siri yang akan datang. 

Nantikan siri seterusnya!!!



      مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة

                                             ''Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun''



0 comments:

Post a Comment