Labels

About

Introduction

Saturday 28 September 2013

Interaksi bersama Mahasiswa Tahun 1 JPATI





Salam alaik...Alhamdulillah wa syukurlillah..Majlis Interaksi bersama Mahasiswa Tahun 1 yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya..

Bertempat di DK101 ATMA,majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Exco Kerohanian,Mohd Fitri bin Shahrom dan kemudiannya diserikan dengan celoteh pengacara majlis,saudara Mohd Fahmi bin Mustafa merangkap NYDP3.




Majlis dihangatkan lagi dengan permainan kotak beracun yang diselia oleh Timbalan Exco Sukan,saudari Najat Hanapi.Pelajar Tahun 1 yang 'terkena' kotak beracun dikehendaki meneka siapakah barisan kepimpinan NAHDAH yang dimaksudkan berdasarkan kriteria perwatakan yang tertera di atas kertas.







Selepas itu,barisan kepimpinan sesi 2013/2014 memperkenalkan diri secara rasminya disusuli dengan ucapan Yang Dipertua,saudara Mohd Asyraf Shamsudin.Satu tayangan video yang memaparkan barisan kepimpinan sesi 2013/2014 dan aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan oleh NAHDAH turut menjadi selingan.Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan ringan.

Diharap majlis interaksi ini menjadi pemangkin sebuah permulaan untuk cetusan lebih banyak program-program NAHDAH selepas ini.Nantikan lebih banyak lagi program daripada kami!


مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة


''Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun''

Saturday 7 September 2013

Nadwah Ulama Nusantara


Salam mahabbah..

Bertempat di Bilik Senat dan Bilik Majlis,Bangunan Canselori,Universiti Kebangsaan Malaysia, telah berlangsung Nadwah Ulama Nusantara(NUN) kali ke-5 dengan jayanya.

Apa itu Nadwah Ulama Nusantara?
NUN yang telah berjaya dianjurkan sebanyak empat kali bertumpu kepada tokoh ulama dan tema yang dipilih.NUN kali ini mendapat kerjasama Primeworks Studios dalam rangka publisiti dan promosi yang lebih meluas melalui rangkaian televisyen utamanya, iaitu TV3 dan TV9.



Barisan Majlis Tertinggi dan Exco NAHDAH turut terlibat sebagai urusetia bagi membantu kelancaran program kali ini.Secara keseluruhannya,NUN kali ini dilihat berjaya mencapai objektifnya.






Resolusi NUN V 2013, 9-10 September 2013, Universiti Kebangsaan Malaysia oleh Prof. Dr Wan Kamal Mujani.

1. Para ulama, ilmuan, cendekiawan dan umara' haruslah bersama-sama dalam membincangkan dan menyelesaikan permasalahan serta cabaran idealisme semasa yang dihadapi oleh umat Islam masa kini.

2. Gandingan antara ulama dan umara' yang lestari boleh menyelesaikan pelbagai bentuk kepincangan dan mengharmonikan kerencaman masyarakat Malaysia yang ulti etnik dan agama.

3. Pendekatan Wasatiyyah atau Moderate boleh membawa kepada kesatuan fikrah, peminggiran polemik Furu'iyyah, taksub dan ekstrem yang akhirnya akan membawa kepada pembangunan negara bangsa dan ummah yang sejahtera di Malaysia.

4. Umat Islam perlu menggunakan sepenuhnya segala sumber kekayaan yang dimiliki bagi tujuan membangunkan ekonomi mereka dan mengelakkan daripada dieksploitasi oleh kuasa-kuasa Barat.

5. Pendidikan yang berteraskan nilai-nilai keislaman merupakan alat terpenting dalam pebinaan sahsiah Islamiah bagi generasi muda untuk mengharungi dunia pascamodenisme dan global ini.

6. Para ulama perlu beristiqamah dalam menyampaikan kebenaran walau apapun halangan, terus berdakwah dan menjelaskan kekeliruan yang timbul atau tohmahan yang dilemparkan dengan kaedah "Mau'izah Hasanah".

7. Untuk mengembalikan kegemilangan institusi ulama yang semakin pudar sekarang ialah dengan Kesatuan Ulama, iaitu ulama mesti bersatu dalam semua perkara, berdasarkan al-Quran dan Hadis, jauh dari hawa nafsu dan kepentingan diri. Apabila timbul sesuatu isu maka seluruh umat tanpa mengira fahaman politik mesti bermuzakarah mencari kata sepakat.

8. Cabaran untuk menghadapi alaf baru cukup banyak, dan para ulama mesti mempersiapkan diri dengan mengikuti perkembangan semasa, serta mengkaji dan memahami betul-betul sesuatu perkara yang baru timbul agar dapat menanganinya dengan baik dan dapat mengeluarkan fatwa atau pandangan yang selaras dengan zaman dan bertepatan dengan Syariah Islam, sebagaimana yang disebut sekaran dengan "Fiqh al-Nawazil".

9. Himpunan karya agung ulama Nusantara merupakan korpus ilmu Islam yang dihasilkan oleh ulama yang berwibawa dan penulisan mereka menjadi benteng pertahanan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah.

10. Nadwah Ulama Nusantara (NUN) perlu diteruskan pada masa-masa yang akan datang bagi menjamin kajian serta penyelidikan tentang ulama dan khazanah berharga mereka tidak hilang ditelan zaman.

-Disediakan oleh Jawatankuasa Penilai Kertas Kerja & Resolusi-