Labels

About

Introduction

Tuesday 4 October 2016

DOKUMENTARI ULAMA NUSANTARA


Projek Dokumentari Ulama Nusantara merupakan sebuah projek yang 
dihasilkan hasil kerjasama antara penyelidik di Jabatan Pengajian Arab 
dan Tamadun Isalam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan 
Malaysia bersama produksi Primeworks Studios dan penajaan daripada 
Khazanah Nasional bagi menyerlahkan kehebatan ulama Melayu. Antara 
ahli penyelidik yang terlibat dalam penghasilan dokumentari ini ialah:

1- En. Farid Mat Zain (Ketua Projek INDUSTRI-2013-012)
2- Prof. Dr. Wan Kamal Mujani
3. Prof. Madya Dr. Roziah Sidik @ Mat Sidek
4. Prof. Madya Dr. Ermy Azziaty Rozali
5. Prof. Madya Dr. Hjh. Salmah Ahmad
6. Dr. Azmul Fahimi Kamaruzaman
7. Dr. Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad
8. Dr. Maheram Ahmad
9. En. Ezad Azraai Jamsari
10. Pn. Rabitah Mohamad Ghazali
11. Pn. Napisah Karimah Ismail
12. En. Muhammad Hanafi Kad Rusma

Segalanya bermula dengan penyerahan data penyelidikan oleh para 
penyelidik tersebut kepada Primeworks Studios. Majlis Penyerahan 
Data Penyelidikan Dokumentari Ulama Nusantara diadakan pada 
hari Khamis bertarikh 14 Julai 2016 bertempat di Bilik Majlis, 
Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysia 
Hari Ini tidak melepaskan peluang dalam membuat liputan tentang 
majlis ini.




 


                           





Seterusnya diadakan pula Persidangan Meja Bulat Penilaian Pakar serta Pra-Tonton Dokumentari Ulama Nusantara antara wakil Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Primeworks Studios. Persidangan ini berlangsung pada hari Ahad sehingga Isnin bertarikh 18 hingga 19 September 2016 bertempat di Hotel Bangi-Putrajaya dengan dirasmikan oleh Prof. Dr. Wan Kamal Mujani. Turut diundang Prof. Dr.Azyumardi Azra (Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta), Prof. Dr. H. Saifullah (Institut Agama Islam Negeri Imam Bonjol, Padang), Prof. Dr Syamsul Rijal (Institut Agama Islam al-Raniri, Aceh), Khazanah Nasional, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia.












Dokumentari ini akhirnya berjaya dilancarkan bersama oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Bato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Presiden Indonesia, Joko Widodo dalam 12th World Islamic Economy Forum (WIEF). Majlis ini turut dihadiri mantan Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah haji Ahmad Badawi. Pelancaran ini diadakan di Balai Sidang Jakarta Convention Centre, Jakarta, Indonesia pada tarikh 3 Ogos 2016. Buletin Utama TV3 turut membuat liputan terhadap pelancaran dokumentari ini. 








Dokumentari Ulama Nusantara ini mengandungi 13 episod dan akan ditayangkan pada setiap hari Selasa pada pukul 5.30 petang di saluran TV3 bermula pada 4 Oktober 2016. Tambahan lagi, dokumentari ini turut ditayangkan di Indonesia menerusi saluran Metro TV. Jangan lupa untuk menyaksikan Trailer Dokumentari Ulama Nusantara ini.


#JPATIGemilang
#MengilhamHarapanMencipta Masa Depan