Labels

About

Introduction

Wednesday 25 February 2015

KELAB MAHASISWA JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM [NAHDAH]

Kelab Mahasiswa Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam (NAHDAH) merupakan satu badan yang telah dibentuk untuk menjaga kebajikan pelajar di Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
          Penubuhan kelab ini adalah atas kesedaran dan initiatif mahasiswa jabatan yang prihatin terhadap soal kebajikan dan keperluan mahasiswa yang menuntut di jabatan ini. Pada 15 Disember 2000, kelab ini telah ditubuhkan berdasarkan kepada kelulusan penubuhan Badan Pelajar di bawah Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), seksyen 53 (1) Perlembagaan Universiti (pindaan 1998) oleh Prof. Dato’ Dr Mohd. Salleh Mohd. Yasin, Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Kebangsaan Malaysia pada masa itu.



مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة  
''Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun''

AL-MAHRAJAN AL-THAQAFIY AL-'ARABIY





AL-MAHRAJAN AL-THAQAFIY AL-'ARABIY
Arab Cultural Carnival / Karnival Kebudayaan Arab

Karnival Kebudayaan Arab merupakan suatu program yang berbentuk kebudayaan yang diadakan buat kali kedua dimana sebelum ini program ini dinamakan dengan Festival Kebudayaan Timur Tengah anjuran Kelab Mahasiswa Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH). Program ini memberi pendedahan kepada mahasiswa/i tentang fakta dan kebudayaan dari pelbagai negara di Timur Tengah. Oleh kerana tidak berpeluang melawat Timur Tengah, program ini dapat membawa mahasiswa/i di UKM untuk mengenal kehidupan dunia Timur Tengah dan pada masa yang sama juga ianya memberi peluang untuk berinteraksi dengan komuniti dan kebudayaan Arab. Di samping itu, program ini juga memberi peluang untuk mahasiswa/i melatih untuk berkomunikasi di dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Program ini akan mengadakan kerjasama dengan pelajar-pelajar antarabangsa seperti pelajar-pelajar dari Yaman, Jordan dan Palestin. Keberadaan pelajar-pelajar Arab ini dapat memberi manfaat yang baik kepada pelajar-pelajar yang ingin mendalami bahasa Arab.
Tarikh: 9-11 Mac 2015
Masa: 9.00AM - 4.00PM
Lokasi: Foyer Fakulti Pengajian Islam
Anjuran:
Kelab Mahasiswa Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH), FPI UKM
Dengan kerjasama:
1. Unit Bahasa Arab, FPI UKM
2. Jordan Student Association at UKM
3. Persatuan Pelajar Yaman, UKM
4. Persatuan Pelajar Palestin, UKM
5. Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam
Ditaja oleh:
Kerajaan Negeri Selangor



مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة

 ''Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun''