Labels

About

Introduction

Monday 25 November 2013

English Tea-Break


Salam alaik..

Bertempat di Singgahan Ilmu FPI,bersamaan 27 November 2013,jam 3 petang,telah diadakan slot English Tea-Break yang dikelolakan oleh barisan exco Nahdah.Slot ini bertujuan memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar FPI khususnya.

Aktiviti 'Spelling Bee' diadakan bertujuan menguji tahap perbendaharaan kata bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar FPI dalam bentuk yang lebih santai.Hadiah turut disediakan untuk pemenang.




Syabas kepada barisan exco NAHDAH yang telah membantu menjayakan slot ini yang diketuai sendiri oleh Yang Dipertua,saudara Mohamad Asyraf Syamsudin.

مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة


''Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun''

Monday 18 November 2013

Mukhayyam Lughah Arabiah & Family Day


Mukhayyam al-Lughah al-'Arabiyyah dan Family Day JPATI!

Tarikh : 29 November - 1 Disember 2013.

Lokasi : Bamboo Camp, Hulu Langat, Selangor.
Yuran : RM25
Pendaftaran : Shahrir (0145010032) dan Izzati (0133213122)

Terhad kepada 40 orang sahaja! (untuk sementara ini, sebarang penambahan akan dimaklumkan kemudian)

DAFTAR SEKARANG!

Anjuran : NYDP 1 Kelab Mahasiswa Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam.

مؤازرة اللغة ومواكبة الحضارة

''Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun''

Saturday 16 November 2013

Bengkel Intensif Bahasa Arab


Alhamdulillah, pada 15 November yang lalu, satu program di bawah kelolaan Exco Akademik NAHDAH sesi 2013/2014,saudara Mohd Noor Aiman Mansor iaitu Bengkel Intensif Bahasa Arab telah selamat diadakan bertempat di Bilik Seminar Siswazah(BSS) 1,Foyer Fakulti Pengajian Islam,UKM. Sambutan sangat menggalakkan oleh pelajar FPI untuk program yang julung kali diadakan semester ini.


Exco Akademik NAHDAH, Mohd Noor Aiman Mansor

Tenaga pengajar, Ustaz Zainudin


Semoga penganjuran bengkel seumpama ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelajar FPI khususnya dalam meningkatkan kemahiran dalam bahasa Arab.Nantikan siri bengkel yang seterusnya!

مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة

''Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun''

Wednesday 9 October 2013

PENCARIAN AJK PROGRAM MEGA NAHDAH 2013/2014



Pencarian Jawatankuasa Pelaksana untuk Program NAHDAH sesi 2013/2014.

Program NYDP I - Mohd Zamri Hasan : Mukhayyam al-Lughah al-'Arabiyyah dan Family Day (jangkaan pada 22-24 November 2013)

Program NYDP II - Nur Izzati : Simposium Sejarah dan Tamaddun Islam (jangkaan pada 3 Mac 2014)

Program NYDP III - Fahmi Mustafa : Majlis Makan Malam Tahunan JPATI (jangkaan pada 25 April 2014)

Jom kita bersama-sama menggerakkan program NAHDAH untuk kecemerlangan JPATI.

مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة


''Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun''

Saturday 28 September 2013

Interaksi bersama Mahasiswa Tahun 1 JPATI





Salam alaik...Alhamdulillah wa syukurlillah..Majlis Interaksi bersama Mahasiswa Tahun 1 yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya..

Bertempat di DK101 ATMA,majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Exco Kerohanian,Mohd Fitri bin Shahrom dan kemudiannya diserikan dengan celoteh pengacara majlis,saudara Mohd Fahmi bin Mustafa merangkap NYDP3.




Majlis dihangatkan lagi dengan permainan kotak beracun yang diselia oleh Timbalan Exco Sukan,saudari Najat Hanapi.Pelajar Tahun 1 yang 'terkena' kotak beracun dikehendaki meneka siapakah barisan kepimpinan NAHDAH yang dimaksudkan berdasarkan kriteria perwatakan yang tertera di atas kertas.







Selepas itu,barisan kepimpinan sesi 2013/2014 memperkenalkan diri secara rasminya disusuli dengan ucapan Yang Dipertua,saudara Mohd Asyraf Shamsudin.Satu tayangan video yang memaparkan barisan kepimpinan sesi 2013/2014 dan aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan oleh NAHDAH turut menjadi selingan.Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan ringan.

Diharap majlis interaksi ini menjadi pemangkin sebuah permulaan untuk cetusan lebih banyak program-program NAHDAH selepas ini.Nantikan lebih banyak lagi program daripada kami!


مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة


''Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun''

Saturday 7 September 2013

Nadwah Ulama Nusantara


Salam mahabbah..

Bertempat di Bilik Senat dan Bilik Majlis,Bangunan Canselori,Universiti Kebangsaan Malaysia, telah berlangsung Nadwah Ulama Nusantara(NUN) kali ke-5 dengan jayanya.

Apa itu Nadwah Ulama Nusantara?
NUN yang telah berjaya dianjurkan sebanyak empat kali bertumpu kepada tokoh ulama dan tema yang dipilih.NUN kali ini mendapat kerjasama Primeworks Studios dalam rangka publisiti dan promosi yang lebih meluas melalui rangkaian televisyen utamanya, iaitu TV3 dan TV9.



Barisan Majlis Tertinggi dan Exco NAHDAH turut terlibat sebagai urusetia bagi membantu kelancaran program kali ini.Secara keseluruhannya,NUN kali ini dilihat berjaya mencapai objektifnya.






Resolusi NUN V 2013, 9-10 September 2013, Universiti Kebangsaan Malaysia oleh Prof. Dr Wan Kamal Mujani.

1. Para ulama, ilmuan, cendekiawan dan umara' haruslah bersama-sama dalam membincangkan dan menyelesaikan permasalahan serta cabaran idealisme semasa yang dihadapi oleh umat Islam masa kini.

2. Gandingan antara ulama dan umara' yang lestari boleh menyelesaikan pelbagai bentuk kepincangan dan mengharmonikan kerencaman masyarakat Malaysia yang ulti etnik dan agama.

3. Pendekatan Wasatiyyah atau Moderate boleh membawa kepada kesatuan fikrah, peminggiran polemik Furu'iyyah, taksub dan ekstrem yang akhirnya akan membawa kepada pembangunan negara bangsa dan ummah yang sejahtera di Malaysia.

4. Umat Islam perlu menggunakan sepenuhnya segala sumber kekayaan yang dimiliki bagi tujuan membangunkan ekonomi mereka dan mengelakkan daripada dieksploitasi oleh kuasa-kuasa Barat.

5. Pendidikan yang berteraskan nilai-nilai keislaman merupakan alat terpenting dalam pebinaan sahsiah Islamiah bagi generasi muda untuk mengharungi dunia pascamodenisme dan global ini.

6. Para ulama perlu beristiqamah dalam menyampaikan kebenaran walau apapun halangan, terus berdakwah dan menjelaskan kekeliruan yang timbul atau tohmahan yang dilemparkan dengan kaedah "Mau'izah Hasanah".

7. Untuk mengembalikan kegemilangan institusi ulama yang semakin pudar sekarang ialah dengan Kesatuan Ulama, iaitu ulama mesti bersatu dalam semua perkara, berdasarkan al-Quran dan Hadis, jauh dari hawa nafsu dan kepentingan diri. Apabila timbul sesuatu isu maka seluruh umat tanpa mengira fahaman politik mesti bermuzakarah mencari kata sepakat.

8. Cabaran untuk menghadapi alaf baru cukup banyak, dan para ulama mesti mempersiapkan diri dengan mengikuti perkembangan semasa, serta mengkaji dan memahami betul-betul sesuatu perkara yang baru timbul agar dapat menanganinya dengan baik dan dapat mengeluarkan fatwa atau pandangan yang selaras dengan zaman dan bertepatan dengan Syariah Islam, sebagaimana yang disebut sekaran dengan "Fiqh al-Nawazil".

9. Himpunan karya agung ulama Nusantara merupakan korpus ilmu Islam yang dihasilkan oleh ulama yang berwibawa dan penulisan mereka menjadi benteng pertahanan pegangan Ahli Sunnah wa al-Jamaah.

10. Nadwah Ulama Nusantara (NUN) perlu diteruskan pada masa-masa yang akan datang bagi menjamin kajian serta penyelidikan tentang ulama dan khazanah berharga mereka tidak hilang ditelan zaman.

-Disediakan oleh Jawatankuasa Penilai Kertas Kerja & Resolusi-



Monday 24 June 2013

AGM NAHDAH KALI KE-19

Salam alaik..





Alhamdulillah..

Pada 13 Mei 2013 yang lalu,telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan NAHDAH kali ke-19.Agenda yang terpenting ialah pembubaran  saf kepimpinan NAHDAH bagi sesi 2012/2013 dan seterusnya perlantikan saf kepimpinan baru NAHDAH bagi sesi 2013/2014.  Berikut ialah saf kepimpinan baru NAHDAH sesi 2013/2014:
                                                                
                                                            MAJLIS TERTINGGI:

  Yang Di Pertua
Muhammad Asyraf Syamsudin

Timbalan Yang Di Pertua:
Nurul Izzah A.Rahman

Naib Yang Di Pertua 1:
Mohd Zamri Hasan 
Naib Yang Di Pertua 2:
Nur Izzati Mohd Khori
Naib Yang Di Pertua 3:
Mohammad Fahmi Mustafa

Setiausaha Agong:
Nursyuhada Borhanodin 
Timbalan Setiausaha
Nurul Syuhada Ahmad

Bendahari
Shahrir Fahmi Mohamad
Timbalan Bendahari
Nurul Ain Azman

BARISAN EXCO :

Exco Akademik
Mohd Noor Aiman Mansor
Timb. Exco Akademik:
Rohana Ismail

Exco Ekonomi dan Pemasaran:
Mohd Asyraf Zainal
Timbalan Exco Ekonomi dan Pemasaran:
Nurul Laily Mohd Fadzil

Exco Hal Ehwal Siswi:
Nor Asyifa Ibrahim
Timbalan Exco Hal Ehwal Siswi
Nur Izzah Omer

Exco Hubungan Luar dan Alumni:
Mohamad Amiruddin Abd Ghani
Timbalan Exco Hubungan Luar dan Alumni
Jumarni Hj Muhein

Exco Informasi dan Multimedia:
Ahmad Faathin Mohd Fadzil
Timbalan Exco Informasi dan Multimedia
Siti Fatimah Wahidah Zamri

Exco Kebajikan:
 Norashikin Nawi
Timbalan Exco Kebajikan:
 Nuramalina Daod

Exco Kebudayaan:
 Nurul Iman Mohd Anuar Kamal
Timbalan Exco Kebudayaan:
Nur Adibah Alias

Exco Kerohanian:
 Mohammad Fitri Shahrom
Timbalan Exco Kerohanian:
Nor Alyaa Shahira Abdul Aziz

Exco Sukan dan Rekreasi:
 Mohd Ismat Abu Bakar
Timbalan Exco Sukan dan Rekreasi:
Najat Hanapi

Saya mewakili barisan kepimpinan baru NAHDAH sesi 2013/2014 mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepimpinan sesi 2012/2013 di atas sumbangan mereka dalam memajukan NAHDAH.Diharapkan kepimpinan baru sesi depan dapat menaikkan lagi nama NAHDAH di peringkat FPI khususnya dan di peringkat UKM amnya.





Sunday 16 June 2013

Dari Unit Bahasa Arab ke Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam

Salam alaik..

Sejarah Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam (JPATI) tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan penubuhan Unit Bahasa dan Sastera Arab serentak dengan penubuhan UKM pada 18 Mei 1970. Unit ini bolehlah disifatkan sebagai ''Servicing Unit'' dalam Fakulti Pengajian Islam (FPI) kerana unit inilah yang akan menyediakan kursus-kursus bahasa dan sastera Arab bagi mahasiswa-mahasiswa Jabatan Syariah dan Usuluddin.

Unit ini ditubuhkan bertujuan membimbing mahasiswa supaya dapat menguasai bahasa Arab dalam peringkat tinggi untuk membolehkan mereka membuat kajian-kajian ilmiah secara mendalam, terutama tentang mendalami pengajian Islam dari sumber-sumber yang asli dalam bahasa Arab.

Unit ini juga bertujuan mengeluarkan tenaga pengajar yang benar-benar berkebolehan mengajar mata pelajaran bahasa dan kesusasteraan Arab.Di samping itu, unit ini diharap dapat melahirkan penterjemah-penterjemah yang cekap,pegawai dan penulis-penulis yang berkelayakan untuk memberi sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan negara.

Berikut ialah tenaga pengajar terawal Unit Bahasa dan Sastera Arab:

Penolong Pensyarah:      Osman bin Haji Khalid
                                           Ramli bin Haji Ismail
                                           Haji Khairuddin H.Mohamed Al-Aliyah
                                           Ismail bin Ariffin

Kemajuan yang dicapai sesi akademik 1971/1972

Unit ini walaupun menghadapi kekurangan tenaga pengajar tetapi telah dapat menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.Bagi melicinkan perjalanan unit ini seramai tiga orang tenaga pengajar telah diambil bagi membantu memberikan syarahan-syarahan.Seramai 62 orang pelajar tahun satu dan 35 orang pelajar tahun dua mengambil kursus daripada unit ini pada sesi kali ini.

Sementara itu,langkah-langkah untuk membesarkan lagi unit ini untuk dinaik taraf ke Jabatan yang akan dikenali dengan nama Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam giat dijalankan.Akhirnya,hasrat ini terlaksana dengan penubuhan JPATI secara rasmi mulai sesi akademik 1973/1974.

Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Tahunan Pertama (1971) dan Kedua (1971/ 1972) UKM.


Saturday 15 June 2013

Menelusuri Sejarah Fakulti Pengajian Islam UKM

Fakulti Pengajian Islam telah ditubuhkan pada 18 Mei 1970 bersama-sama dengan penubuhan  Universiti Kebangsaan Malaysia. Fakulti ini adalah salah sebuah fakulti yang mula-mula ditubuhkan di Universiti Kebangsaan Malaysia di samping dua fakulti lain pada masa itu iaitu Fakulti Sastera dan Fakulti Sains. Namun teras bagi fakulti ini telah wujud iaitu bermula dengan penubuhan Kolej Islam Malaya di Klang pada tahun 1955. Penubuhan fakulti ini merupakan kesinambungan visi dan perjuangan segolongan cendekiawan Melayu yang mahu melihat sebuah institusi pengajian tinggi Islam di Malaysia terbina.

Pada tahun 1968, Kementerian Pelajaran telah bersetuju untuk menaikkan taraf Kolej Islam Malaya ke taraf Universiti Kolej. Pada masa yang sama, tuntutan menubuhkan sebuah universiti yang menggunakan bahasa Melayu oleh pejuang-pejuang kebangsaan mencapai kemuncak. Pada tahun 1970, perjuangan tersebut menjadi kenyataan apabila kerajaan mengisytiharkan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Fakulti Pengajian Islam sebagai salah sebuah fakulti di dalamnya.

Pada awal penubuhan, fakulti ini hanya mempunyai dua jabatan sahaja iaitu Jabatan Syariah dan Jabatan Usuluddin di samping satu Unit Bahasa Arab. Pada 15 Mei 1974, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam telah ditubuhkan. Sehingga kini, Fakulti Pengajian Islam telah mempunyai lima jabatan dan satu Unit Bahasa Arab. Jabatan-jabatan tersebut ialah Jabatan Syariah, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan serta Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah.


Sesi 1970/71, seramai enam orang tenaga pengajar telah berkhidmat di fakulti. Mereka terdiri daripada seorang profesor, seorang pensyarah dan empat orang penolong pensyarah lulusan universiti di Timur Tengah. Mahasiswa yang diterima masuk bagi tahun pertama ialah seramai 37 orang yang terdiri daripada 24 orang pelajar lelaki dan 13 orang pelajar perempuan. Mereka semua adalah lulusan daripada Kolej Islam, Petaling Jaya.


Demikianlah serba sedikit latar belakang sejarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.Nantikan entri seterusnya bercerita tentang Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam.