Labels

About

Introduction

Saturday 15 June 2013

Menelusuri Sejarah Fakulti Pengajian Islam UKM

Fakulti Pengajian Islam telah ditubuhkan pada 18 Mei 1970 bersama-sama dengan penubuhan  Universiti Kebangsaan Malaysia. Fakulti ini adalah salah sebuah fakulti yang mula-mula ditubuhkan di Universiti Kebangsaan Malaysia di samping dua fakulti lain pada masa itu iaitu Fakulti Sastera dan Fakulti Sains. Namun teras bagi fakulti ini telah wujud iaitu bermula dengan penubuhan Kolej Islam Malaya di Klang pada tahun 1955. Penubuhan fakulti ini merupakan kesinambungan visi dan perjuangan segolongan cendekiawan Melayu yang mahu melihat sebuah institusi pengajian tinggi Islam di Malaysia terbina.

Pada tahun 1968, Kementerian Pelajaran telah bersetuju untuk menaikkan taraf Kolej Islam Malaya ke taraf Universiti Kolej. Pada masa yang sama, tuntutan menubuhkan sebuah universiti yang menggunakan bahasa Melayu oleh pejuang-pejuang kebangsaan mencapai kemuncak. Pada tahun 1970, perjuangan tersebut menjadi kenyataan apabila kerajaan mengisytiharkan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Fakulti Pengajian Islam sebagai salah sebuah fakulti di dalamnya.

Pada awal penubuhan, fakulti ini hanya mempunyai dua jabatan sahaja iaitu Jabatan Syariah dan Jabatan Usuluddin di samping satu Unit Bahasa Arab. Pada 15 Mei 1974, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam telah ditubuhkan. Sehingga kini, Fakulti Pengajian Islam telah mempunyai lima jabatan dan satu Unit Bahasa Arab. Jabatan-jabatan tersebut ialah Jabatan Syariah, Jabatan Usuluddin dan Falsafah, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan serta Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunnah.


Sesi 1970/71, seramai enam orang tenaga pengajar telah berkhidmat di fakulti. Mereka terdiri daripada seorang profesor, seorang pensyarah dan empat orang penolong pensyarah lulusan universiti di Timur Tengah. Mahasiswa yang diterima masuk bagi tahun pertama ialah seramai 37 orang yang terdiri daripada 24 orang pelajar lelaki dan 13 orang pelajar perempuan. Mereka semua adalah lulusan daripada Kolej Islam, Petaling Jaya.


Demikianlah serba sedikit latar belakang sejarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.Nantikan entri seterusnya bercerita tentang Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam.

1 comments:


  1. Salam

    Kepada;

    Mereka yang berkenaan

    "Nama-nama perawi Syiah dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim"
    https://forums.alkafeel.net/showthread.php?t=29234

    "Nama-nama perawi Syiah dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim".

    1. Jika Syiah itu sesat atau terkeluar dari agama Islam pada 5.5.1996, apakah kedudukan Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim itu perlu dinilai kembali kerana sebahagian perawinya adalah Syiah?

    2. Apakah al-Bukhari dan Muslim juga difatwakan sesat atau tidak boleh dipercayai lagi atau terkeluar dari agama Islam kerana mereka menerima para perawi Syiah?

    3. Para mufti dan para penguasa Malaysia telah mewartakan Syiah sebagai sesat pada 5.5.1996.Ini bererti mereka telah menyesatkan sebahagian perawi Hadis Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim!

    4. Kenapakah mereka mengatasi peranan Allah SWT dalam menentukan definisi seorang Muslim? Adakah mereka lebih pandai daripada Allah SWT?

    5. Kenapakah mereka mengatasi peranan Nabi SAW dalam menentukan definisi seorang Muslim? Adakah mereka lebih pandai daripada Nabi Muhammad SAW?

    6. Tidakkah Islam itu rahmatan lil Alamin?

    7.Tidakkah mereka dipengaruhi oleh fahaman Wahabi Takfiri kerana Wahabi mengkafirkan semua orang Islam selain daripada penganut Wahabi. Sedangkan ketua mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah al-Asyairah, Abu al-Hasan al-Asy'ari berkata: "Kami tidak mengkafirkan seorang pun di kalangan ahli Qiblat" (al-Ibanah, hlm. 10).

    8. Justeru, fatwa dan enakmen pengharaman Syiah pada 5.5.1996, hendaklah dibatalkan kerana ia berasaskan mazhab Ahli Sunah Wal Jamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak(e-fatwa), bukan berasaskan al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW.

    9. Para mufti dan para penguasa Malaysia telah mengeluarkan al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW sebagai asas agama Islam mulai 5.5.1996 bagi tujuan mengharamkan Syiah dan menukarkannya dengan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah (sila lihat, SURAT PM di laman.: almawaddah. info).

    10. Ia memberi implikasi bahawa mereka telah memertabatkan mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah lebih tinggi daripada al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW itu sendiri.

    11.Justeru, Malaysia bukanlah sebuah negara Islam dari segi undang-undang kerana para mufti dan para penguasa Malaysia tidak mewartakan al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW sebagai asas agama Islam mulai 5.5.1996. Sementara Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi Negara Malaysia, bukan al-Qur'an dan Sunnah Nabi SAW.

    https://keep.line.me/s/Dg9O1W5x3CyZh7KgLGITVNEy18cV76dX3C1YwDN9MQI



    ReplyDelete