Labels

About

Introduction

Thursday 20 March 2014

Bidang Pengkhususan di JPATI

Salam alaik..

Sebagai kesinambungan sejarah jabatan sebelum ini, Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam, FPI, UKM menawarkan dua bidang pengkhususan, modul atau majoring iaitu Bahasa & Kesusasteraan Arab dan Sejarah & Tamaddun Islam.

Bagi pelajar modul Bahasa dan Kesusasteraan Arab, pelajar akan diberi pendedahan, latihan dan kefahaman mengenai Bahasa Arab bermula daripada sejarahnya, pecahan-pecahannya, pengaruh, mazhab-mazhab bahasa, sastera dan lain-lain cabang dalam Bahasa Arab. Antara kursus yang bakal diduduki ialah Kesusasteraan Arab Zaman Jahiliyyah, Perkamusan Arab, Sejarah Tatabahasa Arab, Sastera Arab Andalus, Kesusasteraan Islam dan Balaghah al-Quran wa al-Hadith.

Modul Sejarah dan Tamaddun Islam ditawarkan kepada para pencinta dan penyelidik dalam bidang sejarah dan tamadun Islam yang telah berkembang dan gemilang sekian lama. Bidang pengajian yang merangkumi sejarah Islam zaman Rasulullah s.a.w, era Khulafa al-Rasyidin, Kerajaan Umawi, Kerajaan Abbasi, Kerajaan Uthmani serta kerajaan-kerajaan Islam lain yang tertubuh turut terangkum dalam modul ini. Antara subjek yang bakal dipelajari ialah Sejarah Islam (11H-656H), Sejarah dan Tamadun Islam di Afrika Utara dan Andalus, Kajian Teks Sejarah dan Tamadun Islam, Minoriti Muslim dan Sains dan Teknologi Dalam Tamadun Islam.













مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة


''Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun''

Thursday 13 March 2014

Kejohanan Piala Dekan 2013/2014

Alhamdulillah....Alhamdulillah....Alhamdulillah

Akhirnya berlabuh tirai Kejohanan Piala Dekan bagi Fakulti Pengajian Islam bagi sesi 2013/2014 pada 12 Mac 2014. Setelah hampir dua minggu kelab-kelab jabatan di bawah FPI mempamerkan bakat dan aksi terbaik bagi merebut piala dekan kali ini, akhirnya keputusan dimuktamadkan pada malam kemuncak dengan NAHDAH diumumkan sebagai juara keseluruhan kali ini. Mempertandingkan sebanyak acara, iaitu bola sepak,bola jaring, bola tampar,sepak takraw,badminton dan pingpong, NAHDAH berjaya merangkul sebanyak 5 emas, 1 perak dan 5 gangsa. Kelab JANNAH( Jabatan Al-Quran dan As-Sunnah) dan HUJJAH (Jabatan Syariah) pula merangkul tempat kedua dan ketiga keseluruhan.NAHDAH juga berjaya merangkul johan bagi acara perbarisan pada malam penutup.



Sekalung ucapan tahniah kepada barisan atlet NAHDAH yang berjaya menyumbang pingat iaitu:

Emas : 
1. Badminton Perseorangan Muslimat: Nurul Ain Binti Azman
2. Badminton Beregu Muslimin: Mohd Zamri bin Hasan dan Faiz 
3. Ping Pong Perseorangan Muslimin: Mohd Ismat bin Abu Bakar 
4. Sepak Takraw
5. Perbarisan 

Perak :
1. Bola Tampar Muslimat

Gangsa : 
1. Catur : Ahmad Faathin,  Asri Termizi, Nur Athirah Mazalan, Atiqah Zainon 
2. Badminton Perseorangan Muslimin: Mohd Ismat bin Abu Bakar
3. Badminton Beregu Muslimin: Mohd Saifuddin dan Mohd Asyraf Zainal
4. Badminton Perseorangan Muslimat: Norashikin Nawi
5. Badminton Beregu Muslimat: Najat Hanapi



Sekalung penghargaan juga kepada Exco dan Timbalan Exco Sukan NAHDAH, saudara Mohd Ismat bin Abu Bakar dan saudari Najat Hanapi yang berpenat lelah sepanjang KPD kali ini serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang menjayakan KPD kali ini.Semoga kita mampu mempertahankan kejuaraan KPD bagi musim depan!



مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة


''Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun''