Labels

About

Introduction

Thursday 20 March 2014

Bidang Pengkhususan di JPATI

Salam alaik..

Sebagai kesinambungan sejarah jabatan sebelum ini, Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam, FPI, UKM menawarkan dua bidang pengkhususan, modul atau majoring iaitu Bahasa & Kesusasteraan Arab dan Sejarah & Tamaddun Islam.

Bagi pelajar modul Bahasa dan Kesusasteraan Arab, pelajar akan diberi pendedahan, latihan dan kefahaman mengenai Bahasa Arab bermula daripada sejarahnya, pecahan-pecahannya, pengaruh, mazhab-mazhab bahasa, sastera dan lain-lain cabang dalam Bahasa Arab. Antara kursus yang bakal diduduki ialah Kesusasteraan Arab Zaman Jahiliyyah, Perkamusan Arab, Sejarah Tatabahasa Arab, Sastera Arab Andalus, Kesusasteraan Islam dan Balaghah al-Quran wa al-Hadith.

Modul Sejarah dan Tamaddun Islam ditawarkan kepada para pencinta dan penyelidik dalam bidang sejarah dan tamadun Islam yang telah berkembang dan gemilang sekian lama. Bidang pengajian yang merangkumi sejarah Islam zaman Rasulullah s.a.w, era Khulafa al-Rasyidin, Kerajaan Umawi, Kerajaan Abbasi, Kerajaan Uthmani serta kerajaan-kerajaan Islam lain yang tertubuh turut terangkum dalam modul ini. Antara subjek yang bakal dipelajari ialah Sejarah Islam (11H-656H), Sejarah dan Tamadun Islam di Afrika Utara dan Andalus, Kajian Teks Sejarah dan Tamadun Islam, Minoriti Muslim dan Sains dan Teknologi Dalam Tamadun Islam.













مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة


''Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun''

0 comments:

Post a Comment