Labels

About

Introduction

Tuesday 4 October 2016

DOKUMENTARI ULAMA NUSANTARA


Projek Dokumentari Ulama Nusantara merupakan sebuah projek yang 
dihasilkan hasil kerjasama antara penyelidik di Jabatan Pengajian Arab 
dan Tamadun Isalam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan 
Malaysia bersama produksi Primeworks Studios dan penajaan daripada 
Khazanah Nasional bagi menyerlahkan kehebatan ulama Melayu. Antara 
ahli penyelidik yang terlibat dalam penghasilan dokumentari ini ialah:

1- En. Farid Mat Zain (Ketua Projek INDUSTRI-2013-012)
2- Prof. Dr. Wan Kamal Mujani
3. Prof. Madya Dr. Roziah Sidik @ Mat Sidek
4. Prof. Madya Dr. Ermy Azziaty Rozali
5. Prof. Madya Dr. Hjh. Salmah Ahmad
6. Dr. Azmul Fahimi Kamaruzaman
7. Dr. Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad
8. Dr. Maheram Ahmad
9. En. Ezad Azraai Jamsari
10. Pn. Rabitah Mohamad Ghazali
11. Pn. Napisah Karimah Ismail
12. En. Muhammad Hanafi Kad Rusma

Segalanya bermula dengan penyerahan data penyelidikan oleh para 
penyelidik tersebut kepada Primeworks Studios. Majlis Penyerahan 
Data Penyelidikan Dokumentari Ulama Nusantara diadakan pada 
hari Khamis bertarikh 14 Julai 2016 bertempat di Bilik Majlis, 
Bangunan Canselori, Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysia 
Hari Ini tidak melepaskan peluang dalam membuat liputan tentang 
majlis ini.




 


                           





Seterusnya diadakan pula Persidangan Meja Bulat Penilaian Pakar serta Pra-Tonton Dokumentari Ulama Nusantara antara wakil Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Primeworks Studios. Persidangan ini berlangsung pada hari Ahad sehingga Isnin bertarikh 18 hingga 19 September 2016 bertempat di Hotel Bangi-Putrajaya dengan dirasmikan oleh Prof. Dr. Wan Kamal Mujani. Turut diundang Prof. Dr.Azyumardi Azra (Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah, Jakarta), Prof. Dr. H. Saifullah (Institut Agama Islam Negeri Imam Bonjol, Padang), Prof. Dr Syamsul Rijal (Institut Agama Islam al-Raniri, Aceh), Khazanah Nasional, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia.












Dokumentari ini akhirnya berjaya dilancarkan bersama oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Bato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Presiden Indonesia, Joko Widodo dalam 12th World Islamic Economy Forum (WIEF). Majlis ini turut dihadiri mantan Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah haji Ahmad Badawi. Pelancaran ini diadakan di Balai Sidang Jakarta Convention Centre, Jakarta, Indonesia pada tarikh 3 Ogos 2016. Buletin Utama TV3 turut membuat liputan terhadap pelancaran dokumentari ini. 








Dokumentari Ulama Nusantara ini mengandungi 13 episod dan akan ditayangkan pada setiap hari Selasa pada pukul 5.30 petang di saluran TV3 bermula pada 4 Oktober 2016. Tambahan lagi, dokumentari ini turut ditayangkan di Indonesia menerusi saluran Metro TV. Jangan lupa untuk menyaksikan Trailer Dokumentari Ulama Nusantara ini.


#JPATIGemilang
#MengilhamHarapanMencipta Masa Depan

Thursday 26 May 2016

SAFF KEPIMPINAN NAHDAH SESI 2016/2017


Bingkisan ucapan Ketua Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Dr. Azmul Fahimi bin Kamaruzaman.

Kelab NAHDAH merupakan landasan yang terbaik bagi mahasiswa/i Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia untuk mempertingkatkan dan mempamerkan bakat dalam bidang kepimpinan dan pengurusan organisasi. Penglibatan dalam mengorganisasikan kelab ini juga merupakan batu loncatan bagi mahasiswa/i sebelum melangkah ke alam pekerjaan yang lebih mencabar. Menerusi kelab ini mahasiswa/i turut berpeluang untuk terlibat dalam pengurusan universiti dan juga pihak-pihak lain seperti jabatan-jabatan kerajaan, pihak swasta dan sebagainya. Hal ini akan memberikan kesan yang positif apabila mahasiswa/i melangkah ke alam pekerjaan.

            Selain itu, penglibatan dalam pengurusan organisasi seperti Kelab NAHDAH ini secara tidak langsung menyumbang ke arah menyempurnakan dan merealisasikan misi Universiti dan Fakulti iaitu melahirkan mahasiswa/i yang berkeahlian, berkepimpinan, berketerampilan, berakhlak mulia, berkemahiran serta berpengetahuan luas. Semua aspek ini dapat dicapai melalui penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh kelab jabatan dan universiti.

            Di kesempatan ini, saya ingin menyatakan rasa bangga atas komitmen yang diberikan oleh barisan pimpinan NAHDAH 2015/2016 dalam menjayakan aktiviti yang telah dirancang. Saya juga meletakkan harapan yang tinggi kepada bakal-bakal peneraju pimpinan NAHDAH yang akan dilantik bagi sesi 2016/2017 supaya dapat menjalankan tugas dengan lebih baik, penuh berdedikasi, disiplin dan lebih produktif. Di samping nama jabatan di peringkat universiti, kebangsaan dan antarabangsa. Akhir kalam, saya juga berharap agar barisan pimpinan NAHDAH yang akan dilantik dapat bekerjasama dengan pihak jabatan bagi menjalankan program yang akan dirancang.





MAJLIS TERTINGGI


PRESIDEN
:  Nor Azam Binti Mohd Sukor
TIMBALAN PRESIDEN (KEBAJIKAN)
:  Durrah Sofiyah Binti Yusri
NAIB PRESIDEN 1  (HELA)
:   Zulfikha Bin Senin
NAIB PRESIDEN 2  (HELWI)
:   Siti Hanisah Bt Hasni
NAIB PRESIDEN 3  (KEROHANIAN)
:  Abdul Naim Bin Mat Hasan
SETIAUSAHA
:  Masita Binti Mazanan
PENOLONG SETIAUSAHA
:  Muhammad Iqbal Haq Bin Ibrahim
BENDAHARI
:  Nur Amalina Binti Noordin
PENOLONG BENDAHARI
:  Amirul Mukmin Bin Md Derus


SENARAI SAFF KEPIMPINAN NAHDAH SESI 2016/2017


LAJNAH PENGUKUHAN BAHASA ARAB



PENGERUSI

: Wan Mohd Amirul Ashraf B. Wan Mohd Badruddin
TIMBALAN PENGERUSI
Nurul Abidah Binti Yusoff
AJK
Nur Shaidatul Akma Binti Mat Salleh

:  Aisyah Humaira' Bt Md Akhir




LAJNAH PENGUKUHAN BAHASA INGGERIS

PENGERUSI
TIMBALAN PENGERUSI
AJK


LAJNAH PENGHAYATAN SEJARAH




: Nur Ainun Izzati Bt Zulkefli
: Nurul Shahida Binti Yahya
: Nur Sakinah Binti Samsudin
PENGERUSI
:  Abdul Muhaimin Bin Adni
TIMBALAN PENGERUSI
:  Syamsyathul  Mardiah Bt. Akbar Ali
AJK
:  Norfaizah Bt Yahya

:  Hafizah Binti Sadiman




LAJNAH KEUSAHAWANAN


PENGERUSI
:  Aiman Arif Bin Zamani
TIMBALAN PENGERUSI
:  Farah Ulfah Binti Mohd Azmi
AJK
:  Nurul Atikah Bt Abdullah

:  Nur Adzleen Binti Baba

:  Nurul Nadhirah Binti Mohd Nisam


LAJNAH MULTIMEDIA


PENGERUSI
:  Muhammad Anas B. Alias
TIMBALAN PENGERUSI
Nur Wahida Binti Ismail
AJK
Nur Fatihah Binti Mohamad ‘Aasri

:  Hidayatul Amira Binti Zawawi

:  Nurul Amaliena Binti Kasjo

LAJNAH SUKAN & KEBUDAYAAN



PENGERUSI
:  Mohammad Aliff Najmi Bin Daud
TIMBALAN PENGERUSI
:  Nurul Hasanah Bt. Abd Rahman Muha
AJK
:  Nurul Husna Binti Mohd Rusdi

:  Nursyazana Binti Mohd Fauzi


LAJNAH- LAJNAH  DI BAWAH MT


KEBAJIKAN
:  Muhammad Hishamuddin Bin Azai @ Aziz
HELA
Mohammad Ariff Syazwan Bin Maslan
HELWI
:  Khairul Nisa Zulkifli
KEROHANIAN
:  Nur Sabrina Binti Md Azmi


"Memperkasa Bahasa, Menelusuri Tamadun"


ANNUAL GRAND MEETING (AGM) NAHDAH 22


Alhamdulillah, Mesyuarat Tahunan Kelab NAHDAH kali ke-22 berjaya dilaksanakan seperti mana yang diadakan oleh setiap persatuan dan kelab yang berdaftar di bawah naungan UKM pada setiap sesi pengajian. Mesyuarat Tahunan merupakan satu medan di mana ia bukan sahaja untuk melantik saf kepimpinan baru, bahkan sebagai program untuk menyuarakan pendapat dan pandangan bagi meningkatkan lagi prestasi kelab pada masa akan datang. Semua ahli berhak untuk bersuara bagi menyatakan pendapat masing-masing. Selain itu, AGM ini juga adalah salah satu medan untuk berkongsi idea dengan kepimpinan baru dan ahli-ahli kelab yang lain.




Majlis dimulakan dengan ucapan Presiden Kelab sesi 2015/2016, iaitu saudara Mohd Haffizuddin bin Kamaruddin seterusnya dirasmikan oleh Ketua Jabatan, Dr. Azmul Fahimi Kamaruzaman. Seterusnya berlangsung sesi penyampaian sijil dan cenderamata kepada barisan pimpinan sesi ini. Syabas dan tahniah kepada semua saf kepimpinan NAHDAH sesi 2015/2016 yang telah bertungkus-lumus untuk meningkatkan nama kelab dan berusaha untuk melaksanakan pelbagai program yang bermanfaat.





Sesi pertama majlis ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada Penasihat Kelab. Bermula sesi kedua majlis, iaitu Majlis Mesyuarat Tahunan dengan pelantikan Pengerusi Mesyuarat Agung Tahunan, pencatat minit mesyuarat da pengesahan minit mesyuarat. Saudari Nur Azleyfah binti Jaafar selaku Timbalan Setiausaha Kelab membentangkan laporan program kelab yang telah dijalankan dan disambung oleh saudara Muhammad Iqbal Haq bin Ibrahim selaku Bendahari Kelab membentangkan laporan kewangan. 




Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab bersama ahli Kelab mengenai program yang telah dijalankan serta isu-isu berbangkit. Setelah tamat, saudara Muhammad Haffizzuddin mengumunkan pembubaran kepimpinan sesi 2015/2016 dan melantik barisan pimpinan baru bagi sesi 2016/2017. Suasana agak mendebarkan menantikan siapakah exco yang bakal menggantikan barisan pimpinan terdahulu. Bermula lantikan dengan disebut nama Pengerusi setiap Lajnah sehingga ke Majlis Tertinggi. 






Antara usul yang dicadangkan untuk dijalankan pada sesi yang akan datang ialah Bengkel Multimedia dan Kem Ukhuwwah. Majlis diakhiri dengan ucapan mantan Presiden dan ucapan Presiden yang baru, saudara Nor Azam bin Mohd Sukor. Muhammad Hafizzuddin menyebut bahawa komitmen dan tanggungjawab yang telah disumbangkan dalam kelab NAHDAH perlu ditingkatkan supaya pengalaman yang diperoleh dapat diaplikasikan apabila melibatkan diri di alam pekerjaan nanti. Beliau juga mewakili kepimpinan NAHDAH sesi 2015/2016 memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan sepanjang memimpin pada sesi tersebut. Beliau juga berharap agar saf kepimpinan NAHDAH yang baru bagi sesi 2016/2017 dapat memberi komitmen yang baik dan menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh rasa tanggungjawab dan ikhlas.





Laksanakanlah amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin.

Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan.


  مؤاررة اللغة ومواكبة الحضارة


Wednesday 16 March 2016

مسابقة المناظرة باللغة العربية لكأس رئيس القسم الدراسات العربية والحضارة الإسلامية


بسم الله الرحمن الرحيم 

PERTANDINGAN DEBAT BAHASA ARAB PIALA KETUA JABATAN 
PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM

 


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang melancarkan segala urusan hamba-Nya. Terima kasih buat warga JPATI yang terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung dalam menjayakan program ini. Pertandingan Debat Bahasa Arab ini adalah julung kalinya diadakan di bawah anjuran NAHDAH. Diadakan pada hari Sabtu bertarikh 12 Mac 2016, bertempat di Fakulti Pengajian Islam. Seawal jam 8 pagi, program dimulai dengan taklimat peserta bertempat di Singgahan Ilmu. Seterusnya berlangsung perlawanan pusingan pertama melibatkan 4 kumpulan di 2 bilik tutorial aras 4, FPI.




         


Pertandingan debat diteruskan dengan pusingan kedua dan ketiga. Pertandingan ini diadili oleh Ustaz Zubaidi, Ustaz Andi, Ustazah Ummu Hani, Ustaz Hakim Zainal dan juga Ustazah Sumayyah Yahaya. Komen diberikan kepada para peserta selepas pertandigan. Penyertaan peserta dari setiap tahun pengajian membuktikan bahawa Bahasa Arab menjadi nadi dalam kehidupan setiap pelajar JPATI. Dalam pada itu, dapat juga dilihat wujud persaingan agak sengit dalam kalangan peserta.





Pertandingan berkhir kira-kira jam 4.30 petang. Pada sebelah malam pula diadakan majlis penutup bertempat di persada JPATI. Ramai penonton yang hadir memenuhi ruang jabatan. Majlis penutup dirasmikan oleh Dr. Kaseh dan turut disampaikan hadiah kepada para pemenang. Pemenang pertama dirangkul oleh peserta dari tahun 2, manakala tempat kedua dirangkul oleh peserta dari tahun 1. Majlis berakhir kira-kira jam 10.30 malam. Harapan daripada program ini adalah pelajar-pelajar mampu untuk bertutur dalam bahasa Arab seterusnya melibatkan diri dalam arena perdebatan.










"Memartabat Bahasa Membangun Pemikiran"