Labels

About

Introduction

Thursday, 26 May 2016

ANNUAL GRAND MEETING (AGM) NAHDAH 22


Alhamdulillah, Mesyuarat Tahunan Kelab NAHDAH kali ke-22 berjaya dilaksanakan seperti mana yang diadakan oleh setiap persatuan dan kelab yang berdaftar di bawah naungan UKM pada setiap sesi pengajian. Mesyuarat Tahunan merupakan satu medan di mana ia bukan sahaja untuk melantik saf kepimpinan baru, bahkan sebagai program untuk menyuarakan pendapat dan pandangan bagi meningkatkan lagi prestasi kelab pada masa akan datang. Semua ahli berhak untuk bersuara bagi menyatakan pendapat masing-masing. Selain itu, AGM ini juga adalah salah satu medan untuk berkongsi idea dengan kepimpinan baru dan ahli-ahli kelab yang lain.




Majlis dimulakan dengan ucapan Presiden Kelab sesi 2015/2016, iaitu saudara Mohd Haffizuddin bin Kamaruddin seterusnya dirasmikan oleh Ketua Jabatan, Dr. Azmul Fahimi Kamaruzaman. Seterusnya berlangsung sesi penyampaian sijil dan cenderamata kepada barisan pimpinan sesi ini. Syabas dan tahniah kepada semua saf kepimpinan NAHDAH sesi 2015/2016 yang telah bertungkus-lumus untuk meningkatkan nama kelab dan berusaha untuk melaksanakan pelbagai program yang bermanfaat.





Sesi pertama majlis ini diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada Penasihat Kelab. Bermula sesi kedua majlis, iaitu Majlis Mesyuarat Tahunan dengan pelantikan Pengerusi Mesyuarat Agung Tahunan, pencatat minit mesyuarat da pengesahan minit mesyuarat. Saudari Nur Azleyfah binti Jaafar selaku Timbalan Setiausaha Kelab membentangkan laporan program kelab yang telah dijalankan dan disambung oleh saudara Muhammad Iqbal Haq bin Ibrahim selaku Bendahari Kelab membentangkan laporan kewangan. 




Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab bersama ahli Kelab mengenai program yang telah dijalankan serta isu-isu berbangkit. Setelah tamat, saudara Muhammad Haffizzuddin mengumunkan pembubaran kepimpinan sesi 2015/2016 dan melantik barisan pimpinan baru bagi sesi 2016/2017. Suasana agak mendebarkan menantikan siapakah exco yang bakal menggantikan barisan pimpinan terdahulu. Bermula lantikan dengan disebut nama Pengerusi setiap Lajnah sehingga ke Majlis Tertinggi. 






Antara usul yang dicadangkan untuk dijalankan pada sesi yang akan datang ialah Bengkel Multimedia dan Kem Ukhuwwah. Majlis diakhiri dengan ucapan mantan Presiden dan ucapan Presiden yang baru, saudara Nor Azam bin Mohd Sukor. Muhammad Hafizzuddin menyebut bahawa komitmen dan tanggungjawab yang telah disumbangkan dalam kelab NAHDAH perlu ditingkatkan supaya pengalaman yang diperoleh dapat diaplikasikan apabila melibatkan diri di alam pekerjaan nanti. Beliau juga mewakili kepimpinan NAHDAH sesi 2015/2016 memohon jutaan kemaafan sekiranya terdapat kekurangan dan kesilapan sepanjang memimpin pada sesi tersebut. Beliau juga berharap agar saf kepimpinan NAHDAH yang baru bagi sesi 2016/2017 dapat memberi komitmen yang baik dan menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh rasa tanggungjawab dan ikhlas.





Laksanakanlah amanah yang telah dipertanggungjawabkan dengan sebaik mungkin.

Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan.


  مؤاررة اللغة ومواكبة الحضارة


0 comments:

Post a Comment