Labels

About

Introduction

Tuesday 16 December 2014

FAMILY DAY (رحلة المحبة)





13 Disember 2014 - Persatuan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH) telah mengadakan 'Family Day' untuk warga JPATI. Program ini diadakan di Padang Hoki UKM. Objektif utama program ini diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga JPATI. Dianggarkan seramai 70 orang warga JPATI menyertai Family Day ini.

Program ini bermula pada pukul 9.00 pagi dengan perasmian daripada Penasihat NAHDAH iaitu Dr Azmul Fahimi Kamaruzaman. Pensyarah yang turut hadir pada hari kejadian ialah Dr Roziah Sidik @ mat Sidek. 
Dr Azmul Fahimi merasmikan Family Day
Dr Roziah Sidik hadir memberi sokongan kepada NAHDAH

Terdapat 7 acara sukaneka yang dipertandingan pada hari tersebut antaranya Pipimu Pipiku Jua, Cat Dog, Tug of War dan Archemedis Law. Program ini berakhir dengan penyampaian hadiah kepada pemenang dan makan tengah hari pada pikul 1.00 petang.








مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة
 ''Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun''

Friday 5 December 2014

BENGKEL INTENSIF BAHASA ARAB





BENGKEL INTENSIF BAHASA ARAB
'Kemahiran Komunikasi'

Tarikh: 5 Desember 2014
Hari:Jumaat
Masa: 8-10 malam
Tempat: Bilik Seminar Siswazah, FPI, UKm





                                                             مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة                                              
                                       
   ''Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun'' 



Sunday 9 November 2014

BENGKEL INTENSIF BAHASA ARAB SIRI 3


Tarikh : 7 November 2014

Masa: 8-10 Malam

Tempat: Bilik Seminar Siswazah 1

Alhamdulillah Bengkel Intensif Bahasa Arab siri 3 telah diadakan dengan jayanya. Terima kasih kepada Ustaz Zainuddin bin Ismail yang sentiasa menjadi tenaga pengajar di samping membantu kami Exco NAHDAH menjayakan bengkel ini. Tahniah dan syabas juga kepada peserta yang mengikuti bengkel ini dari awal. 


Setiap siri, peserta disediakan bahan pembelajaran iaitu ayat-ayat asas bahasa arab yang digunakan dalam kehidupan seharian pelajar. Untuk siri yang pertama dan kedua, peserta masih lagi menggunakan bahan yang sama untuk bercakap dalam bahasa arab. Siri pertama pelajar hanya mendengar penerangan daripada Ustaz Zainuddin tentang cara berkomunikasi dalam bahasa arab dengan baik. Kemudian siri yang ke-2, pelajar terus dilatih berkomunikasi dalam bahasa arab dengan rakan-rakan sehingga lancar. Peserta diminta duduk bertentangan dengan rakan mereka dan dikehendaki bercakap dalam bahasa arab berdasarkan teks yang diberi sehingga lancar. Ustaz Zainuddin akan memantau peserta-peserta yang sedang berlatih.

Siri ke-3, kaedah yang digunakan adalah sama, tetapi peserta diberi teks baru untuk bercakap dalam bahasa arab. Sebelum peserta didedahkan dengan praktikal, peserta diberi penerangan cara sebutan perkataan yang betul, penggunaan kata ganti nama dan pemilihan kata kerja yang betul. Teknik penyampaian yang santai dan mudah dari Ustaz Zanuddin membuatkan peserta mudah memahami dan mampu bercakap dalam bahasa arab walaupun masih  menggunakan 'alat bantu' iaitu teks arab yang disediakan.




 Kaedah ini banyak membantu peserta kerana peserta dapat mengetahui dimana kesilapan yang biasanya dilakukan ketika berkomunikasi dalam bahasa arab. Semoga lebih ramai lagi mahasiswa/i   menyertai program yang bermanfaat sebegini pada siri yang akan datang. 

Nantikan siri seterusnya!!!



      مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة

                                             ''Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun''



Friday 31 October 2014

TAHNIAH NURUL IMAN MELAKAR SEJARAH UNTUK JPATI!!


Tahniah dan syabas kepada Nurul Iman Binti Muhamad Anuar Kamal dari Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam diatas penerimaan Anugerah Pelajaran Diraja sempena Majlis Konvokesyen ke-42. Semoga dengan kejayaan beliau akan dapat meningkatkan lagi motivasi dalam kalangan pelajar JPATI yang lain untuk terus cemerlang, gemilang dan terbilang dalam bidang ilmiah pada masa akan datang.


Kegiatan ko-kurikulum & pencapaian kelayakan



Khidmat masyarakat & penganugerahan




"JPATI 40 Tahun (1974-2014): Meniti kecemerlangan, Mencorak kegemilangan, Mengukir pencapaian nan terbilang"


مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة

''Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun''



Sunday 28 September 2014

Bengkel Intensif Bahasa Arab 2014/2015







Alhamdulillah..

Tahniah dan syabas kepada Exco Akademik Fatimah Hanisah bt Jasmi dan Timbalannya Nurul Wardah Nazifah bt Razali serta AJK yang terlibat kerana berjaya mengadakan satu program yang bermanfaat untuk semua iaitu Bengkel Intensif Bahasa Arab. Bengkel ini diadakan di Bilik Seminar Siswazah 1(BSS1), Fakulti Pengajian Islam,UKM pada 26 September 2014(Jumaat)  jam 8.00 hingga 10.00 malam.

          Bengkel ini diadakan buat pertama kalinya pada semester ini dan akan diadakan dua minggu sekali pada masa akan datang . Sebagai pembukaan bengkel ini Ustaz Hakim bin Zainal selaku Kelab NAHDAH dijemput untuk merasmikan bengkel tersebut. Tetamu khas yang mengendalikan bengkel ini ialah ustaz Zainuddin bin Ismail Pensyarah fakulti pengajian Islam.  Kehadiran peserta yang yang ramai dilihat program sebegini mampu menarik minat pelajar-pelajar UKM.



ucapan dan perasmian oleh Ustaz Hakim Bin Zainal






bengkel Yang dikendalikan oleh Ustaz Zainuddin bin Ismail












Semoga program yang bermanfaat sebegini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar UKM untuk masa akan datang terutama pelajar Fakulti Pengajian Islam bagi mematapkan kemahiran berkomunikasi dalam bahasa arab



مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة

''Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun''



Kursus Induksi & Pengurusan NAHDAH












Assalamualaikum w.b.t...
Tahniah dan syabas kepada exco Hal Ehwal Luar dan Alumni (HELA) saudari Nur Jehan bt Abdul Salam dan Asri Termizi serta barisan kepimpinan NAHDAH yang terlibat secara langsung atau tidak langsung  dalam menjayakan Kursus Induksi dan Pengurusan NAHDAH. Kursus Induksi dan Pengurusan Nahdah yang bertemakan Kredibiliti Asas Keberhasilan Kualiti telah diadakan di Auditorium Siswa bangunan Pusanika pada 27 September 2014. Kursus ini adalah anjuran Kelab Mahasisiwa Pengajian Arab dan Tamadun Islam dengan kerjasama Pusat Citra Universiti serta pusat pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia.

              Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk  saff kepimpinan Kelab Mahasiswa Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH) yang baru sahaja dilantik untuk sesi 2014/2015. Kursus ini amat penting bagi memastikan aktiviti kelab NAHDAH berjalan dengan lebih lancar dan sistematik selaras dengan pihak pengurusan universiti.


                Majlis perasmian dimulakan dengan ucapan Ketua Pengarah Nur Jehan bt Abdul Salam. Kemudian  Ustaz Hakim Bin Zainal sebagai penasihat Nahdah  merasmikan kursus ini dan turut hadir Dr Azmul Fahimi sebagai penasihat program ini. Majlis perasmian berakhir dengan penyampaian cenderamata kepada Ustaz Hakim bin Zainal dan Dr Azmul Fahimi Kamaruzaman sebagai tanda terima kasih dari pihak program diatas kesudian mereka menghadiri majlis ini.


Ucapan Pengarah Porgram SaudariNur Jehan bt Abdul Salam



Ucapan Perasmian Ustaz Hakim Bin Zainal























 Selesai sahaja Majlis Perasmian, Kursus Induksi & pengurusan NAHDAH diteruskan.

Slot 1: Sesi beramah mesra dan perbincangan program-program akan datang bersama penasihat- penasihat NAHDAH







Slot 2 :Taklimat Pengurusan Program dalam dan luar negara . Taklimat ini di sampaikan oleh Leftenan Kolonel  Prof.  Madya Dr Rosslee bin Rajikan, Pengarah Pusat Pembangunan Mahasiswa Dan Perhubungan Alumni.Slot ini diadakan untuk memberi pendedahan awal tentang bidang kuasa setiap Ahli Jawatankuasa yang terlibat supaya dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan lebih baik dan gerak kerja menjadi lebih sistematik.



















 




Slot 3: Taklimat  Pengurusan LC/HP/Citra disampaikan oleh En. Abdul Qaiyum Borhan, Eksekutif Pusat Citra UKM.


















Kursus ini berakhir dengan Minum petang.



Diharap agar kursus ini menjadi satu landasan yang memberi ilmu bermanfaat dalam pengurusan kelab dan program Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam setiap aktiviti yang bakal dijalankan.


Barisan Kepimpinan NAHDAH 2014/2015



مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة

''Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun''


Friday 19 September 2014

HARI INTERAKSI 14/15


HARI INTERAKSI

BERSAMA MAHASISWA TAHUN 1 JPATI


Alhamdulillah ....

Hari interaksi dibawah kelolaan Mohd Ismat bin Abu Bakar iaitu exco Kesenian dan Kebudayaan NAHDHAH dan dibantu oleh Timbalannya Syatirah bt Yusri telah berjaya diadakan seperti yang dirancang pada 18 September 2014 bertempat di Bilik Seminar Siswazah 1. Pendaftaran telah dibuka seawal pukul 7.45 malam dan dikendalikan oleh Ku Norsyarieza bt Ku Harith serta Nurul  Wardah Nazifah bt Razali.




                     




Saudara Mohd Hafizzuddin bin Kamaruddin sebagai pengerusi majlis program  menjemput saudara Muhammad Naim Syafiq untuk bacaan  doa sebelum memulakan majlis. Majlis diteruskan dengan ucapan dari YDP NAHDHAH iaitu saudara Muhammad Fahmi bin Mustafa dan TYDP iaitu saudari Siti Fatimah Wahidah bt Zamri . Program yang berbentuk santai ini dimeriahkan lagi dengan aktiviti cabutan bertuah dimana wakil exco akan mencabut nombor dan pelajar yang bertuah perlu menjawab beberapa soalan sebelum mengambil hadiah .

















Aktiviti ini diselang seli dengan tayangan video koporat NAHDHAH yang memaparkan biodata ringkas mengenai  barisan kepimpinan NAHDHAH dan disusuli dengan tayangan aktiviti-aktiviti yang telah diadakan oleh NAHDHAH serta program yang akan datang.










Kemudian barisan kepimpinan NAHDHAH sesi 2013/2014 dijemput kehadapan untuk memperkenalkan diri beserta portfolio yang dipertanggungjawabkan. Sebelum majlis berakhir, sesi soal jawab telah dibuka kepada pelajar tahun 1 yang ingin bertanya sebarang soalan mengenai  pembelajaran atau perkara yang berkaitan dengannya. Majlis di akhiri dengan jamuan ringan.


Diharap kelancaran program interaksi ini menjadi permulaan kepada barisan kepimpinan NAHDHAH untuk memperbaiki serta memantapkan lagi   program yang akan datang.





مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة


''Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun''