Labels

About

Introduction

Tuesday, 10 November 2015

Al-Muaskar al-Lughawi III


 بسم الله الرحمن الرحيم




Nama seerti bagi program ini ialah Perkhemahan Bahasa Arab III. Diadakan pada 6-8 November 2015 bertempat di Pusat Pemantapan & Perkaderan Akidah, Jelebu, Negeri Sembilan. Perkhemahan ini melibatkan pelajar tahun 1 JPATI dan ia diadakan pada setiap tahun. Tema perkhemahan kali ini ialah ‘Hidup Bahasa dengan Azam dan Kemahuan’. Matlamat perkhemahan ini adalah untuk sama-sama memartabatkan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran yang juga seiring dengan nama jabatan sendiri iaitu, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. 

Pelbagai slot menarik diadakan selama 3 hari tersebut bersama pensyarah-pensyarah jabatan yang terlibat. Tidak dinafikan perkhemahan ini memberi peluang kepada para pelajar dalam mengaplikasikan penggunaan bahasa Arab dalam kehidupan.












مؤازرة اللغة ومواكبة الحضارة 

0 comments:

Post a Comment