SEMINAR DUNIA ISLAM ABAD KE-20
Seminar ini merupakan hasil kerjasama antara Kelab Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH) dengan pelajar-pelajar tahun 3 yang mengambil subjek Dunia Islam Abad ke-20. Perincian program adalah seperti berikut:
- Tarikh ; 6 Disember 2015
- Masa : 8.00 am - 4.30pm
- Tempat : Auditorium Siswa, Pusanika UKM
- Anjuran : Pelajar Tahun 3,Kursus Dunia Islam Abad ke-20 (PPPJ2413)
- Pensyarah : Dr Ermy Azziaty Rozali
Berikut adalah majlis tertinggi program seminar Dunia Islam Abad ke-20:
Antara topik yang menjadi perbincangan adalah tentang isu-isu semasa dunia Islam abad ke-20 iaitu:
1. Perkembangan Dunia Islam Abad ke 19: Uthmaniyyah & Balkan
2. Perang Dunia I: Kuasa Bersekutu vs Kuasa Pusat
3. Deklarasi Balfour
4. Penyelesaian Perang Dunia I: Perjanjian Mudros & Versailles
5. Pertubuhan Republik Turki Moden & Kemal Atatürk
6. Pembubaran Khilafah Islam Uthmaniyyah
7. Reaksi Umat Islam Pembubaran Khilafah Islam
8. Sekularisme & Pembaratan di Turki
9. Pembentukan Negara Bangsa di Timur Tengah
10. Penguasaan Industri Petroleum oleh Barat di Timur
11. OPEC
12. Penubuhan & Peranan OIC
Alhamdulillah. Program ini berjalan dengan penuh jaya. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pensyarah subjek Dunia Islam Abad ke-20, Dr Ermy Azziaty Rozali kerana banyak membantu dalam menjayakan seminar ini. Bantuan beliau secara langsung dan tidak langsung amatlah kami hargai. Terima kasih juga kepada perasmi seminar, Dr. Azmul Fahimi Kamaruzaman kerana sanggup meluangkan masa cuti untuk hadir bagi merasmikan program seminar DIA ke-20. Tidak lupe juga ucapan terima kasih kepada krew penggerak program yang bertungkus-lumus dalam menjadikan program Seminar Dunia Islam Abad ke-20 satu realiti serta kepada seluruh pelajar subjek Dunia Islam Abad ke-20 kerana tanpa mereka program ini tidak akan berjaya. Terima kasih juga pada bantuan secara langsung dan tidak langsung oleh warga JPATI.
#JPATI gemilang
0 comments:
Post a Comment