Labels

About

Introduction

Tuesday 15 December 2015

FAMILY DAY JPATI 2015/2016


بسم الله الرحمن الرحيم



Alhamdulillah berjaya sudah program FAMILY DAY JPATI sesi 2015/2016. Seperti mana yang kita sedia maklum, Hari Keluarga Jabatan ini diadakan pada setiap tahun bagi mengeratkan ukhwah pelajar JPATI. Terima kasih kepada Prof Dr. Wan Kamal Mujani kerana sudi meluangkan masa bagi merasmikan program ini. Tahniah juga kepada ahli jawatankuasa Family Day yang bertungkus-lumus menjayakan program kali ini. Tidak dilupakan terima kasih juga kepada semua warga JPATI yang menyertai program ini.
Program ini diadakan pada hari Ahad, 13 Disember 2015 seawal pukul 7.30 pagi bertempat di Padang dan Pusat Kesatria UKM. Bermula dengan ucapan aluan dekan dan pengarah program, Mohd Syamil bin Mohd Hatta, program diteruskan dengan pelbagai permainan menarik dan mencabar. 







Acara berakhir kira-kira jam 1 petang. Hadiah disampaikan kepada para pemenang oleh pengarah program. Sebelum pulang para peserta makan tengah hari bersama-sama serta mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Semoga ukhwah yang terjalin ini akan terus berkekalan.

#JPATI GEMILANG

0 comments:

Post a Comment