Labels

About

Introduction

Thursday, 23 February 2017

BULETIN 2.0 SESI 2016/2017



SUKSES SUDUT PANDANG ISLAM

Kelompok manusia dalam memandang dan mensikapi dunia. 

Untuk mendapatkan kejayaan, manusia dipengaruhi oleh cara pandangnya terhadap dunia itu sendiri. Terdapat 3 kelompok manusia dalam memandang dan mensikapi dunia iaitu: 


1. Dunia adalah segala-galanya (material) 




Meyakini bahwa dunia adalah akhir dari sebuah perjalanan kehidupannya sehingga perilakunya sangat ditentukan oleh nafsu dan kehendak material, maka terjadilah seseorang itu sibuk akan mengumpul harta duniawi sehingga mengabaikan amal ibadah yang merupakan bekalan di akhirat kelak. Kelompok manusia seperti ini dapat diukur kejayaannya melalui jumlah harta yang berjaya diperolehi dan dimilikinya, orang seperti ini sebenarnya sedang menuju puncak kegagalan yang nyata, karana terperdaya oleh tipu daya duniawi sehingga tidak sedar akan keperluan akhirat . 

Perhatikan apa yang dikatakan oleh mereka yang hanya memberikan perhatian pada kehidupan dunia semata, sebagai mana yang difirmankan Allah SWT,  

 "kehidupan itu tidak lain hanyalah kehidupan kita di dunia ini, kita mati dan kita hidup dan sekali-kali tidak akan dibangkitkan lagi" (QS Al-Mu’minun 23:37

"dan tentu mereka akan mengatakan hidup hanyalah kehidupan di dnia ini saja ,dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan" (QS Al An’am 6:29) 



2. Pisahkan kehidupan DUNIA dengan AGAMA (SEKULARISME)




Sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan antara urusan agama dan kehidupan dunia seperti politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Antara ciri-ciri sekular ialah pertama, penafian hal-hal kerohanian, kedua penafian terhadap kewibawaan orang-orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam bidang agama, ketiga menafikan adanya nilai hidup yang tetap, keempat menolak keimanan kepada Allah dan konsep ibadah, kelima menjauhkan agama daripada landasan penting sebagai panduan dan hala tuju hidup manusia dalam pelbagai bidang seperti kesenian, pendidikan dan moral. Kelompok ini dikatakan oleh Allah sebagai kelompok yang merugikan dalam kehidupan dunia dan akhirat. 

 "Katakanlah: “Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?” (103.) Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya. (104.) mereka itu orang-orang yang telah kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia, Maka hapuslah amalan- amalan mereka, dan Kami tidak Mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat. (105.) (QS al-Kahfi: 103-105) 


3. Cemerlang dunia berjaya akhirat




- Memiliki sifat-sifat mahmudah.
Untuk mencapai cemerlang dunia berjaya akhirat, perkara yang paling penting kita hendaklah mendidik dan memperbaiki diri hingga ke tahap memiliki sifat-sifat mahmudah iaitu sifat-sifat warak, sabar, amanah, jujur, ikhlas dan syukur pada masa yang sama membuangkan sifat-sifat mazmumah iaitu sifat suka marah, hasad dengki, ujub, riak, sombong dan takabur. Tanpa adanya sifat-sifat yang mulia ini tidak mungkin mampu menjadi cemerlang, ini adalah kerana sifat-sifat yang keji atau mazmumah adalah sifat negatif yang akan mendorong kepada kegagalan dan kekecewaan. 

- Tawakal kepada Allah.
Setelah kita berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai impian yang diimpikan, maka selepas itu bolehlah bertawakal kepada Allah. Ini kerana kita sebagai manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segalanya. Kita telah pun berusaha setakat mana kemampuan kita. Dengan bertawakal, bermakna kita yakin hanya Allah yang akan memberikan kejayaan kepada hamba yang diinginkan-Nya. 

- Syukur atas segala nikmat.
Setelah kejayaan yang inginkan telah menjadi kenyataan, maka sebagai seorang hamba, hendaklah bersyukur kepada-Nya. Ini kerana, ianya sebagai tanda berterima kasih atas segala nikmat yang diberikan oleh-Nya. Membantu orang lain juga menunjukkan tanda syukur atas kejayaan yang telah dimiliki. 

- Beriman dan bertakwa.
Orang yang berjaya akan selalu berada dekat dengan penciptanya. Ini kerana dia tahu hanya Allah yang akan memberikan kejayaan bagi setiap hamba semasa hidup di dunia dan juga akhirat. Keimanan dan ketakwaan, adalah dengan menjaga segala amal ibadah seperti solat, kerana solat adalah hubungan seorang hamba dengan penciptanya. Kita juga perlulah sentiasa berdoa supaya diberikan kejayaan dan kesejahteraan dalam hidup ini. Inilah kelompok yang Allah sebutkan dalam al-Quran.
 "dan di antara mereka ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan Kami, berilah Kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah Kami dari seksa neraka" 201. "mereka itulah orang-orang yang mendapat bahagian daripada yang mereka usahakan; dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya" 202 (QS al-Baqarah 201-202) 

Sukses sudut pandang Islam dicirikan antaranya: 
  • Hidupnya penuh bahagia
  • Hidupnya tenang dan tenteram
  • Hidupnya penuh berkah 
  • Akhir kehidupanya terbaik 
Diambil dari buku 'Membangun Karakter dengan Hati Nurani'


Lajnah Kerohanian,
Kelab Pengajian Arab dan tamdun Islam

0 comments:

Post a Comment