Labels

About

Introduction

Thursday 23 February 2017

BULETIN 2.0 SESI 2016/2017


Hayyanatakallam Minggu Ketiga - GEMPAK

Setelah tiga minggu Lajnah Pengukuhan Bahasa Arab melaksanakan program ini, pada minggu ketiga peserta-peserta yang hadir telah melakukan persembahan yang gempak dan hebat. Program ini yang diadakan pada setiap minggu pada hari Jumaat mengumpulkan sejumlah pelajar-pelajar dari tahun satu sehingga tahun tiga untuk membuat apa-apa bentuk persembahan dalam bahasa Arab. Pada minggu ketiga ini (Jumaat 7/10/2016) jumlah peserta yang hadir adalah seramai lapan orang dari sepuluh orang yang disenaraikan. Para peserta terdiri daripada empat orang pelajar tahun tiga dan empat orang pelajar tahun 2.




Peserta pada kali ini lain daripada yang lain kerana gaya persembahan mereka yang menarik dan pelbagai malah tidak kekok dan tidak bergantung kepada teks semata-mata. Mereka bijak menggunakan pentas dan ruang yang diberikan untuk menyampaikan persembahan mereka. Bahkan persembahan mereka juga beragam dan tidak tertumpu kepada pengucapan semata-mata. Palajar tahun tiga, saudari Durrah Sofiyah melakukan Permainan Teka-Teki Bahasa Arab. Beliau bijak menggunakan konsep teka-teki dalam persembahan beliau menjadikan persembahan beliau lebih menarik malah menjadikan para penonton turut serta dalam persembahan beliau dan memeriahkan lagi majlis.


Dua orang pelajar tahun tiga, saudari Aini Ziyana dan saudari Hidayah melakukan persembahan secara duet dengan mendeklamasikan  Syair Arab secara bergilir-gilir mengikut rangkap dan bait. Sayang sekali persembahan mereka tidak disertakan dengan kesan bunyi seperti lagu latar dan sebagainya. Sekiranya disediakan kesan bunyi, kemungkinan persembahan mereka akan lebih gah lagi.




Saudara Ariff, pelajar tahun tiga pengkhususan Sejarah melakukan persembahan bercerita dengan berkongsi kisah beliau dengan bahasa Arab. Beliau menceritakan pengalaman hidup beliau mempelajari bahasa Arab dan juga keinginan beliau untuk “lari” daripada mempelajari subjek tersebut. "ومكروا ومكر الله والله خير الماكرين", kata beliau dalam persembahannya sambal menyatakan bagaimana takdir Allah menentukan bahawa beliau akan mempelajari bahasa ini sehingga ke universiti.




Saudara Naim, pelajar tahun dua membuat persembahan dengan menggunakan konsep pengucapan awam, namun persembahan beliau tidak mengecewakan malah menghiburkan kerana faktor spontan beliau. Interaksi dengan penonton juga baik. Tajuk yang beliau sampaikan adalah mengenai kesihatan dan sebelum menyampaikan tajuk, beliau terlebih dahulu memperkenalkan diri beliau dan pada bahagian inilah yang banyak menggamit tumpuan penonton.




Persembahan para peserta pada minggu ketiga wajar diberikan perhargaan yang sebaik-baiknya kerana gaya persembahan para peserta yang mantap. Malah para peserta yang hadir juga dalam keadaan bersedia dengan bahan-bahan mereka walaupun dalam keadaan keterpaksaan dan sebagainya. Persembahan pada minggu ini pada pihak penganjur merupakan Tanda Aras Persembahan Hayyantakallam bagi sesi pembelajaran 2016/2017. Hal ini kerana matlamat dan objektif program ini akan tercapai sekiranya semua peserta yang hadir melakukan persembahan sedemikian.


Lajnah Pengukuhan Bahasa Arab,
Kelab Pengajian Arab dan Tamadun Islam

0 comments:

Post a Comment