Assalamualaikum w.b.t...
Tahniah dan syabas kepada exco Hal Ehwal Luar dan Alumni
(HELA) saudari Nur Jehan bt Abdul Salam dan Asri Termizi serta barisan
kepimpinan NAHDAH yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Kursus Induksi dan Pengurusan
NAHDAH. Kursus Induksi dan Pengurusan Nahdah yang bertemakan “Kredibiliti Asas Keberhasilan Kualiti” telah diadakan di Auditorium
Siswa bangunan Pusanika pada 27 September 2014. Kursus ini adalah anjuran Kelab
Mahasisiwa Pengajian Arab dan Tamadun Islam dengan kerjasama Pusat Citra
Universiti serta pusat pembangunan Mahasiswa dan Perhubungan Alumni, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Tujuan utama kursus ini diadakan adalah untuk saff kepimpinan Kelab Mahasiswa Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun
Islam (NAHDAH) yang baru sahaja dilantik untuk sesi 2014/2015. Kursus ini amat
penting bagi memastikan aktiviti kelab NAHDAH berjalan dengan lebih lancar dan
sistematik selaras dengan pihak pengurusan universiti.
Majlis perasmian dimulakan dengan
ucapan Ketua Pengarah Nur Jehan bt Abdul Salam. Kemudian Ustaz Hakim Bin Zainal sebagai penasihat
Nahdah merasmikan kursus ini dan turut
hadir Dr Azmul Fahimi sebagai penasihat program ini. Majlis perasmian berakhir
dengan penyampaian cenderamata kepada Ustaz Hakim bin Zainal dan Dr Azmul
Fahimi Kamaruzaman sebagai tanda terima kasih dari pihak program diatas
kesudian mereka menghadiri majlis ini.
|
Ucapan Pengarah Porgram SaudariNur Jehan bt Abdul Salam |
|
Ucapan Perasmian Ustaz Hakim Bin Zainal
|
Selesai sahaja Majlis Perasmian, Kursus Induksi & pengurusan NAHDAH diteruskan.
Slot 1: Sesi beramah mesra dan perbincangan program-program akan datang bersama penasihat- penasihat NAHDAH
Slot 2 :Taklimat Pengurusan Program dalam dan luar negara . Taklimat ini di sampaikan oleh Leftenan Kolonel Prof. Madya Dr Rosslee bin Rajikan, Pengarah Pusat
Pembangunan Mahasiswa Dan Perhubungan Alumni.Slot ini diadakan untuk memberi pendedahan
awal tentang bidang kuasa setiap Ahli Jawatankuasa yang terlibat supaya dapat
melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan lebih baik dan gerak kerja
menjadi lebih sistematik.
Slot 3: Taklimat Pengurusan LC/HP/Citra disampaikan oleh En.
Abdul Qaiyum Borhan, Eksekutif Pusat Citra UKM.
Kursus ini berakhir dengan Minum
petang.
Diharap agar kursus ini menjadi satu landasan yang memberi ilmu bermanfaat dalam
pengurusan kelab dan program Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti
Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam setiap aktiviti yang bakal
dijalankan.
|
Barisan Kepimpinan NAHDAH 2014/2015 |
مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة
''Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun''