Labels

About

Introduction

Sunday 24 May 2015

SEMINAR KAEDAH PENULISAN SEJARAH



Pada 23 Mei 2015 telah diadakan satu seminar iaitu " Seminar Kaedah Penulisan Sejarah" anjuran Kelab Mahasiswa Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam ( NAHDAH ) dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor ( PSMCS ). Program ini dilangsungkan dengan jayanya bermula pada pukul 8 pagi sehingga pukul 2 petang bertempat di DK2.102 ATMA. Seminar ini bertujuan untuk mendedahkan kepada mahasiswa mengenai sejarah, teknik penulisan serta sumber-sumber yang berkaitan dengannya. Program ini dirasmikan oleh Prof. Dr. Wan Kamal Mujani ( Dekan Fakulti Pengajian Islam, UKM ). Seminar ini dihadiri oleh mahasiswa Tahun 1 JPATI Fakulti Pengajian Islam dan juga mahasiswa dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.








Slot pertama seminar ini disampaikan oleh Dr. Mardiana Nordin. Beliau merupakan seorang Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya. Beliau menerangkan mengenai bidang-bidang sejarah dan sumber-sumber sejarah. Selain itu, beliau turut membincangkan mengenai  penyelidikan sejarah dari sudut kaedah dan pelaksanaannya. Seterusnya, slot kedua pula disampaikan oleh Dr. Arba'iyah Mohd Noor yang juga merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya. Beliau membahaskan mengenai teknik atau kaedah penulisan sejarah yang boleh diaplikasikan oleh mahasiswa dalam kertas kerja. Beliau juga menerangkan tentang kaedah penerbitan yang boleh dilaksanakan. Slot akhir disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor iaitu Dr. Hj. Muhd. Yusuf  Hj. Ibrahim. Beliau memperkatakan mengenai kefahaman teori, kaedah dan falsafah sejarah. Dalam pada itu, beliau turut menyebut tentang elemen intristik dan prinsip dalam ilmu sejarah. 
















Seminar berakhir dengan harapan segala ilmu yang disampaikan dapat memberi manfaat yang tidak ternilai kepada para mahasiswa. Memetik kata-kata Dr. Hj. Muhd. Yusof Hj. Ibrahim, "Martabatkanlah sejarah untuk memartabatkan bangsa".




* مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة *
   ~Memperkasa Bahasa, Menelusuri Tamadun~


0 comments:

Post a Comment