Labels

About

Introduction

Wednesday 25 February 2015

KELAB MAHASISWA JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM [NAHDAH]

Kelab Mahasiswa Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam (NAHDAH) merupakan satu badan yang telah dibentuk untuk menjaga kebajikan pelajar di Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
          Penubuhan kelab ini adalah atas kesedaran dan initiatif mahasiswa jabatan yang prihatin terhadap soal kebajikan dan keperluan mahasiswa yang menuntut di jabatan ini. Pada 15 Disember 2000, kelab ini telah ditubuhkan berdasarkan kepada kelulusan penubuhan Badan Pelajar di bawah Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), seksyen 53 (1) Perlembagaan Universiti (pindaan 1998) oleh Prof. Dato’ Dr Mohd. Salleh Mohd. Yasin, Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Kebangsaan Malaysia pada masa itu.



مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة  
''Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun''

0 comments:

Post a Comment