Labels

About

Introduction

Tuesday, 10 November 2015

Al-Muaskar al-Lughawi III


 بسم الله الرحمن الرحيم




Nama seerti bagi program ini ialah Perkhemahan Bahasa Arab III. Diadakan pada 6-8 November 2015 bertempat di Pusat Pemantapan & Perkaderan Akidah, Jelebu, Negeri Sembilan. Perkhemahan ini melibatkan pelajar tahun 1 JPATI dan ia diadakan pada setiap tahun. Tema perkhemahan kali ini ialah ‘Hidup Bahasa dengan Azam dan Kemahuan’. Matlamat perkhemahan ini adalah untuk sama-sama memartabatkan bahasa Arab sebagai bahasa al-Quran yang juga seiring dengan nama jabatan sendiri iaitu, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam. 

Pelbagai slot menarik diadakan selama 3 hari tersebut bersama pensyarah-pensyarah jabatan yang terlibat. Tidak dinafikan perkhemahan ini memberi peluang kepada para pelajar dalam mengaplikasikan penggunaan bahasa Arab dalam kehidupan.












مؤازرة اللغة ومواكبة الحضارة 

Wednesday, 14 October 2015

KURSUS INDUKSI DAN PENGURUSAN NAHDAH 2015/2016
Hari: Ahad
Masa: 8.00 pagi - 5.30 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat Kolej Rahim Kajai

Program ini telah berjalan dengan jayanya. Alhamdulillah dan ribuan terima kasih daripada pihak pengurusan program kepada ahli kepimpinan kerana kerjasama yang diberikan. Sedikit perincian berkenaan latar program ini. 

KETUA PENGARAH
Muhammad Nur Faiz Abdullah
Fakulti Pengajian Islam/Tahun 3 A144961


TIMBALAN PENGARAH
Nur Kamilah Jusoh
Fakulti Pengajian Islam/Tahun 3 A144992


SETIAUSAHA
Durrah Sofiyah Yusri
Fakulti Pengajian Islam/Tahun 2 A149498


BENDAHARI
Ku Norsyarieza Ku Harith
Fakulti Pengajian Islam/Tahun 3 A144980

Penyampai utama KURSUS INDUKSI DAN PENGURUSAN NAHDAH ialah saudara Ahmad Faathin Mohd Fadzil. Beliau merupakan salah seorang alumni JPATI. Melaluinya, pihak exco baru memperolehi banyak pengetahuan dengan pelbagai perkongsian yang telah diberikan beliau berdasarkan pengalaman dan pembelajaran saudara Ahmad Faathin semasa bergelar pelajar.
Saudara Faathin berkongsi ilmu dengan kepimpinan baru.
Ketua Pengarah menyampaikan taklimat pembuka
Kepimpinan Baru memberikan
 sepenuh tumpuan pada perkongsian yang diberikan











Sesi Praktikal hasil daripada perkongsian




 Sesi bergambar sebelum bersurai



 "مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة ''
    Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamadun





Thursday, 1 October 2015


SAFF KEPIMPINAN 
KELAB MAHASISWA JABATAN PENGAJIAN ARAB
 DAN TAMADUN ISLAM(NAHDAH)
SESI 2015/2016


Friday, 11 September 2015

TAKLIMAT PRASISWAZAH BARU JPATI (TAHUN 1) SESI 2015/2016
Hari: Khamis
Masa: 2.00 petang - 4.00 petang
Tempat: DK2.102 ATMA
Taklimat di sampaikan oleh Ketua Jabatan, Dr. Azmul Fahimi b. Kamaruzaman bersama para pensyarah di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, FPI UKM.

‪#‎JPATIGemilang‬
‪#‎MemperkasaBahasaMenelusuriTamadun‬

Dr. Azmul Fahimi b. Kamaruzaman sedang memberikan taklimat kepada mahasiswa baru Tahun 1 JPATI 2015/2016




Para pelajar sedang khuyuk mendengar setiap amanat yang disampaikan oleh Ketua Jabatan




Presiden Kelab Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH) sedang memberikan sepatah dua kata kepada mahasiswa baru JPATI.




Prof. Madya Dr. Roziah Sidik sedang menerangkan serba ringkas berkenaan Citra.

Sunday, 24 May 2015

SEMINAR KAEDAH PENULISAN SEJARAH



Pada 23 Mei 2015 telah diadakan satu seminar iaitu " Seminar Kaedah Penulisan Sejarah" anjuran Kelab Mahasiswa Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam ( NAHDAH ) dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor ( PSMCS ). Program ini dilangsungkan dengan jayanya bermula pada pukul 8 pagi sehingga pukul 2 petang bertempat di DK2.102 ATMA. Seminar ini bertujuan untuk mendedahkan kepada mahasiswa mengenai sejarah, teknik penulisan serta sumber-sumber yang berkaitan dengannya. Program ini dirasmikan oleh Prof. Dr. Wan Kamal Mujani ( Dekan Fakulti Pengajian Islam, UKM ). Seminar ini dihadiri oleh mahasiswa Tahun 1 JPATI Fakulti Pengajian Islam dan juga mahasiswa dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.








Slot pertama seminar ini disampaikan oleh Dr. Mardiana Nordin. Beliau merupakan seorang Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya. Beliau menerangkan mengenai bidang-bidang sejarah dan sumber-sumber sejarah. Selain itu, beliau turut membincangkan mengenai  penyelidikan sejarah dari sudut kaedah dan pelaksanaannya. Seterusnya, slot kedua pula disampaikan oleh Dr. Arba'iyah Mohd Noor yang juga merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya. Beliau membahaskan mengenai teknik atau kaedah penulisan sejarah yang boleh diaplikasikan oleh mahasiswa dalam kertas kerja. Beliau juga menerangkan tentang kaedah penerbitan yang boleh dilaksanakan. Slot akhir disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor iaitu Dr. Hj. Muhd. Yusuf  Hj. Ibrahim. Beliau memperkatakan mengenai kefahaman teori, kaedah dan falsafah sejarah. Dalam pada itu, beliau turut menyebut tentang elemen intristik dan prinsip dalam ilmu sejarah. 
















Seminar berakhir dengan harapan segala ilmu yang disampaikan dapat memberi manfaat yang tidak ternilai kepada para mahasiswa. Memetik kata-kata Dr. Hj. Muhd. Yusof Hj. Ibrahim, "Martabatkanlah sejarah untuk memartabatkan bangsa".




* مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة *
   ~Memperkasa Bahasa, Menelusuri Tamadun~


Saturday, 16 May 2015

AGM NAHDAH KALI KE-21



13 Mei 2015 - Mesyuarat Agung Tahunan NAHDAH kali ke-21 telah berlangsung dengan
jayanya.Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Dr Azmul Fahimi bin Kamaruzaman selaku Ketua Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam.

Dr Azmul Fahimi bin Kamaruzaman merasmikan AGM


Saudara Ahmad Faathin bin Mohd Fadzil bertindak sebagai speaker dewan mengendali mesyuarat. Mesyuarat  dimulakan dengan pembentangan laporan oleh timbalan setiausaha, saudari Nur Kamilah bt Jusoh diikuti pembentangan laporan daripada timbalan bendahari, saudari Nurul Syazwani bt Abd Rahman.
Pembentangan laporan setiausaha



Kemudian mesyuarat beralih kepada sesi pembubaran,Yang Dipertua NAHDAH sesi 2014/2015, Saudara Muhammad Fahmi Mustafa membubar saff kepimpinan NAHDAH sesi 2014/2015 seterusnya membuat pelantikan baru untuk sesi 2015/2016. Watikah pelantikan pimpinan baru disampaikan oleh Penasihat NAHDAH Ustaz Hakim bin Zainal.




Mohd Haffizzuddin  menerima watikah pelantikan sebagai presiden NAHDAH


Nur Athirah menerima watikah pelantikan sebagai Timb. Presiden


Berikut senarai saff kepimpinan NAHDAH sesi 2015/2016:

SAFF KEPIMPINAN NAHDAH 2015/2016

MAJLIS TERTINGGI

Presiden

Mohd Haffizzuddin Bin Kamaruddin

Timb. Presiden

Nur Athirah Binti Mohd Mazalan

Nydp 1

Muhammad Nur Faiz Bin Abdullah

Nydp 11

Zulfikha Bin Senin

Setiausaha Agung

Durrah Sofiyah Bt Yusri

Pen. Setiausaha

Nur Azleyfah Binti Jaafar

Bendahari

Muhammad Iqbal Haq B. Ibrahim

Pen. Bendahari

Ku Norsyarieza Binti Ku Harith


BARISAN EXCO


Exco Pengukuhan Bahasa           : Nor Azam B. Mohd Sukor 

Timb. Exc. Pengukuhan Bahasa : Syatirah Binti Mohd Yusri   


  Ajk :  1) Nur Shaidatul  Akma  Bt. Mat Salleh       
                                    2) Nurul Abidah Bt Yusoff 
                                    3) Ahmad Zaidi Bin Baharudin 


Exco Penghayatan Sejarah         : Muhammad Bin Sua’ibunaha 

Timb. Ex. Penghayatan Sejarah :  Nur Jehan Binti Abdul Salam 
   

Ajk :  1) Siti Hajar Binti Yusoff 
                                   2) Nur Kamilah Binti Jusoh   
                                   3) Kamal Faezi Bin Mahzir     

Exco Keusahawanan          : Amirul Mukmin Bin Md. Derus

Timb. Exc. Keusahawanan: Nur Amalina Bt. Noordin 

Ajk: 1) Tuan Nur Afifah Binti Tuan Omar 
                                  2) Mohammad Ariff Syazwan B. Maslan 


Exco Sukan Dan Kebudayaan           : Muhammad Syamil B. Mohd Hatta
                                                                               
Timb. Exc. Sukan Dan Kebudayaan : Noor Atiqah Binti Zainon


Ajk : 1) Wan Kamilah Hadana Bt. Wan Razali
                                  2) Ahmad Sodiqin Bin Zulfikri 


Exco  Multimedia           : Luqman Hakim Bin Hamdan

Timb. Exc. Multimedia : Norazima Binti Mohd Rodzi 

Ajk :1) Nur Wahida Binti Ismail
                                     2) Nur Fatihah Bt Mohamad Iaasri 

Sekalung penghargaan kepada barisan kepimpinan sesi 2014/2015 di atas jasa dan sumbangan anda kepada NAHDAH, diharap pimpinan baru mampu menggerakkan NAHDAH secara lebih aktif seiring dengan hasrat Ketua Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam.












             

 
                                                           

 "مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة ''
                              Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun