Labels

About

Introduction

Showing posts with label sejarah JPATI. Show all posts
Showing posts with label sejarah JPATI. Show all posts

Friday, 31 October 2014

TAHNIAH NURUL IMAN MELAKAR SEJARAH UNTUK JPATI!!


Tahniah dan syabas kepada Nurul Iman Binti Muhamad Anuar Kamal dari Jabatan Pengajian Arab Dan Tamadun Islam diatas penerimaan Anugerah Pelajaran Diraja sempena Majlis Konvokesyen ke-42. Semoga dengan kejayaan beliau akan dapat meningkatkan lagi motivasi dalam kalangan pelajar JPATI yang lain untuk terus cemerlang, gemilang dan terbilang dalam bidang ilmiah pada masa akan datang.


Kegiatan ko-kurikulum & pencapaian kelayakan



Khidmat masyarakat & penganugerahan




"JPATI 40 Tahun (1974-2014): Meniti kecemerlangan, Mencorak kegemilangan, Mengukir pencapaian nan terbilang"


مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة

''Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun''



Thursday, 20 March 2014

Bidang Pengkhususan di JPATI

Salam alaik..

Sebagai kesinambungan sejarah jabatan sebelum ini, Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam, FPI, UKM menawarkan dua bidang pengkhususan, modul atau majoring iaitu Bahasa & Kesusasteraan Arab dan Sejarah & Tamaddun Islam.

Bagi pelajar modul Bahasa dan Kesusasteraan Arab, pelajar akan diberi pendedahan, latihan dan kefahaman mengenai Bahasa Arab bermula daripada sejarahnya, pecahan-pecahannya, pengaruh, mazhab-mazhab bahasa, sastera dan lain-lain cabang dalam Bahasa Arab. Antara kursus yang bakal diduduki ialah Kesusasteraan Arab Zaman Jahiliyyah, Perkamusan Arab, Sejarah Tatabahasa Arab, Sastera Arab Andalus, Kesusasteraan Islam dan Balaghah al-Quran wa al-Hadith.

Modul Sejarah dan Tamaddun Islam ditawarkan kepada para pencinta dan penyelidik dalam bidang sejarah dan tamadun Islam yang telah berkembang dan gemilang sekian lama. Bidang pengajian yang merangkumi sejarah Islam zaman Rasulullah s.a.w, era Khulafa al-Rasyidin, Kerajaan Umawi, Kerajaan Abbasi, Kerajaan Uthmani serta kerajaan-kerajaan Islam lain yang tertubuh turut terangkum dalam modul ini. Antara subjek yang bakal dipelajari ialah Sejarah Islam (11H-656H), Sejarah dan Tamadun Islam di Afrika Utara dan Andalus, Kajian Teks Sejarah dan Tamadun Islam, Minoriti Muslim dan Sains dan Teknologi Dalam Tamadun Islam.













مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة


''Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun''

Sunday, 16 June 2013

Dari Unit Bahasa Arab ke Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam

Salam alaik..

Sejarah Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam (JPATI) tidak dapat lari daripada dikaitkan dengan penubuhan Unit Bahasa dan Sastera Arab serentak dengan penubuhan UKM pada 18 Mei 1970. Unit ini bolehlah disifatkan sebagai ''Servicing Unit'' dalam Fakulti Pengajian Islam (FPI) kerana unit inilah yang akan menyediakan kursus-kursus bahasa dan sastera Arab bagi mahasiswa-mahasiswa Jabatan Syariah dan Usuluddin.

Unit ini ditubuhkan bertujuan membimbing mahasiswa supaya dapat menguasai bahasa Arab dalam peringkat tinggi untuk membolehkan mereka membuat kajian-kajian ilmiah secara mendalam, terutama tentang mendalami pengajian Islam dari sumber-sumber yang asli dalam bahasa Arab.

Unit ini juga bertujuan mengeluarkan tenaga pengajar yang benar-benar berkebolehan mengajar mata pelajaran bahasa dan kesusasteraan Arab.Di samping itu, unit ini diharap dapat melahirkan penterjemah-penterjemah yang cekap,pegawai dan penulis-penulis yang berkelayakan untuk memberi sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan negara.

Berikut ialah tenaga pengajar terawal Unit Bahasa dan Sastera Arab:

Penolong Pensyarah:      Osman bin Haji Khalid
                                           Ramli bin Haji Ismail
                                           Haji Khairuddin H.Mohamed Al-Aliyah
                                           Ismail bin Ariffin

Kemajuan yang dicapai sesi akademik 1971/1972

Unit ini walaupun menghadapi kekurangan tenaga pengajar tetapi telah dapat menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.Bagi melicinkan perjalanan unit ini seramai tiga orang tenaga pengajar telah diambil bagi membantu memberikan syarahan-syarahan.Seramai 62 orang pelajar tahun satu dan 35 orang pelajar tahun dua mengambil kursus daripada unit ini pada sesi kali ini.

Sementara itu,langkah-langkah untuk membesarkan lagi unit ini untuk dinaik taraf ke Jabatan yang akan dikenali dengan nama Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam giat dijalankan.Akhirnya,hasrat ini terlaksana dengan penubuhan JPATI secara rasmi mulai sesi akademik 1973/1974.

Dipetik dan diubahsuaikan daripada Laporan Tahunan Pertama (1971) dan Kedua (1971/ 1972) UKM.