Labels

About

Introduction

Sunday, 24 May 2015

SEMINAR KAEDAH PENULISAN SEJARAH



Pada 23 Mei 2015 telah diadakan satu seminar iaitu " Seminar Kaedah Penulisan Sejarah" anjuran Kelab Mahasiswa Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam ( NAHDAH ) dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor ( PSMCS ). Program ini dilangsungkan dengan jayanya bermula pada pukul 8 pagi sehingga pukul 2 petang bertempat di DK2.102 ATMA. Seminar ini bertujuan untuk mendedahkan kepada mahasiswa mengenai sejarah, teknik penulisan serta sumber-sumber yang berkaitan dengannya. Program ini dirasmikan oleh Prof. Dr. Wan Kamal Mujani ( Dekan Fakulti Pengajian Islam, UKM ). Seminar ini dihadiri oleh mahasiswa Tahun 1 JPATI Fakulti Pengajian Islam dan juga mahasiswa dari Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.








Slot pertama seminar ini disampaikan oleh Dr. Mardiana Nordin. Beliau merupakan seorang Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya. Beliau menerangkan mengenai bidang-bidang sejarah dan sumber-sumber sejarah. Selain itu, beliau turut membincangkan mengenai  penyelidikan sejarah dari sudut kaedah dan pelaksanaannya. Seterusnya, slot kedua pula disampaikan oleh Dr. Arba'iyah Mohd Noor yang juga merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial di Universiti Malaya. Beliau membahaskan mengenai teknik atau kaedah penulisan sejarah yang boleh diaplikasikan oleh mahasiswa dalam kertas kerja. Beliau juga menerangkan tentang kaedah penerbitan yang boleh dilaksanakan. Slot akhir disampaikan oleh Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Selangor iaitu Dr. Hj. Muhd. Yusuf  Hj. Ibrahim. Beliau memperkatakan mengenai kefahaman teori, kaedah dan falsafah sejarah. Dalam pada itu, beliau turut menyebut tentang elemen intristik dan prinsip dalam ilmu sejarah. 
















Seminar berakhir dengan harapan segala ilmu yang disampaikan dapat memberi manfaat yang tidak ternilai kepada para mahasiswa. Memetik kata-kata Dr. Hj. Muhd. Yusof Hj. Ibrahim, "Martabatkanlah sejarah untuk memartabatkan bangsa".




* مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة *
   ~Memperkasa Bahasa, Menelusuri Tamadun~


Saturday, 16 May 2015

AGM NAHDAH KALI KE-21



13 Mei 2015 - Mesyuarat Agung Tahunan NAHDAH kali ke-21 telah berlangsung dengan
jayanya.Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Dr Azmul Fahimi bin Kamaruzaman selaku Ketua Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam.

Dr Azmul Fahimi bin Kamaruzaman merasmikan AGM


Saudara Ahmad Faathin bin Mohd Fadzil bertindak sebagai speaker dewan mengendali mesyuarat. Mesyuarat  dimulakan dengan pembentangan laporan oleh timbalan setiausaha, saudari Nur Kamilah bt Jusoh diikuti pembentangan laporan daripada timbalan bendahari, saudari Nurul Syazwani bt Abd Rahman.
Pembentangan laporan setiausaha



Kemudian mesyuarat beralih kepada sesi pembubaran,Yang Dipertua NAHDAH sesi 2014/2015, Saudara Muhammad Fahmi Mustafa membubar saff kepimpinan NAHDAH sesi 2014/2015 seterusnya membuat pelantikan baru untuk sesi 2015/2016. Watikah pelantikan pimpinan baru disampaikan oleh Penasihat NAHDAH Ustaz Hakim bin Zainal.




Mohd Haffizzuddin  menerima watikah pelantikan sebagai presiden NAHDAH


Nur Athirah menerima watikah pelantikan sebagai Timb. Presiden


Berikut senarai saff kepimpinan NAHDAH sesi 2015/2016:

SAFF KEPIMPINAN NAHDAH 2015/2016

MAJLIS TERTINGGI

Presiden

Mohd Haffizzuddin Bin Kamaruddin

Timb. Presiden

Nur Athirah Binti Mohd Mazalan

Nydp 1

Muhammad Nur Faiz Bin Abdullah

Nydp 11

Zulfikha Bin Senin

Setiausaha Agung

Durrah Sofiyah Bt Yusri

Pen. Setiausaha

Nur Azleyfah Binti Jaafar

Bendahari

Muhammad Iqbal Haq B. Ibrahim

Pen. Bendahari

Ku Norsyarieza Binti Ku Harith


BARISAN EXCO


Exco Pengukuhan Bahasa           : Nor Azam B. Mohd Sukor 

Timb. Exc. Pengukuhan Bahasa : Syatirah Binti Mohd Yusri   


  Ajk :  1) Nur Shaidatul  Akma  Bt. Mat Salleh       
                                    2) Nurul Abidah Bt Yusoff 
                                    3) Ahmad Zaidi Bin Baharudin 


Exco Penghayatan Sejarah         : Muhammad Bin Sua’ibunaha 

Timb. Ex. Penghayatan Sejarah :  Nur Jehan Binti Abdul Salam 
   

Ajk :  1) Siti Hajar Binti Yusoff 
                                   2) Nur Kamilah Binti Jusoh   
                                   3) Kamal Faezi Bin Mahzir     

Exco Keusahawanan          : Amirul Mukmin Bin Md. Derus

Timb. Exc. Keusahawanan: Nur Amalina Bt. Noordin 

Ajk: 1) Tuan Nur Afifah Binti Tuan Omar 
                                  2) Mohammad Ariff Syazwan B. Maslan 


Exco Sukan Dan Kebudayaan           : Muhammad Syamil B. Mohd Hatta
                                                                               
Timb. Exc. Sukan Dan Kebudayaan : Noor Atiqah Binti Zainon


Ajk : 1) Wan Kamilah Hadana Bt. Wan Razali
                                  2) Ahmad Sodiqin Bin Zulfikri 


Exco  Multimedia           : Luqman Hakim Bin Hamdan

Timb. Exc. Multimedia : Norazima Binti Mohd Rodzi 

Ajk :1) Nur Wahida Binti Ismail
                                     2) Nur Fatihah Bt Mohamad Iaasri 

Sekalung penghargaan kepada barisan kepimpinan sesi 2014/2015 di atas jasa dan sumbangan anda kepada NAHDAH, diharap pimpinan baru mampu menggerakkan NAHDAH secara lebih aktif seiring dengan hasrat Ketua Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam.












             

 
                                                           

 "مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة ''
                              Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun







Friday, 3 April 2015

KPD14/15: PASUKAN NAHDAH MASIH CEMERLANG!!






ALHAMDULILLAH, berakhir sudah Kejohanan Piala Dekan FPI musim ini. Tahniah pasukan NAHDAH yang beraksi bersungguh-sungguh untuk  mengekalkan kemenangan dalam Kejohanan Piala Dekan sesi 2014/2015. Siapa sangka kedudukan NAHDAH di tempat pertama pada awal kejohanan tidak mampu bertahan lama setelah pasukan Kelab Jabatan Usuluddin dan Falsafah(KUFFAH) berjaya meraih 6 pingat Emas pada malam kemuncak KPD. 

Walaupun juara keseluruhan tidak memihak kepada pasukan NAHDAH namun begitu pencapaian yang baik dari skuad NAHDAH telah meletakkan NAHDAH ditangga ke-2 meninggalkkan pasukan JANNAH(Jabatan Al-Quran dan As-Sunnah), HUJJAH (Jabatan Syariah) dan JAKMA
(Jabatan Dakwah dan Kepimpinan) dibelakang. Ini menunjukkan barisan skuad NAHDAH tidak mudah dikalahkan.


Jumlah keseluruhan yang berjaya dikumpul oleh pasukan NAHDAH ialah 3 Emas 5 Perak 1 Gangsa.  Berikut senarai atlet NAHDAH yang berjaya mengumpul mata untuk NAHDAH:


EMAS

Badminton (single)
1-Muhamad Nur Faiz Bin Abdullah (A144961)
2-Wan Kamilah Hadana Bt Wan Razali (A151760)


Pingpong (Double)
1- Siti Aminah bt Mohd Rozali (A141898)
2-  Wan Kamilah Hadana Bt Wan Razali   (A151760)

PERAK

Takraw 
1.      Muhammad Nuh Bin Ahyead (A141692)
2.      Luqman Hakim Bin Hamdan  (A144978)
3.      Mohamad Afiq Izzudin Bin Abdul Hamid (A144972)
4.      Ahmad Sodiqin Bin Zulfikri (A144984)

Pingpong 
1- Mohamad Ismat Bin Abu Bakar (A140982)

Catur 
1    1-   Muhammad Iqbal Haq Bin Ibrahim (A149873)
      2-Ahmad Zaidi Bin Baharuddin  (A144990)
      3- Nurul Hasanah Bt Abdul Rahman  (A151599)
      4- Noor Atiqah Bt Zainon (A144986)

Bola Jaring 
1- Nur Amirah Bt Tarmidzi (A141737)
2-  Siti Nazihah Bt Yusof (A145001)
3- Mumtazah Maimunah Bt Kamis  (A144979)
4-  Farhana Nuratiqah Bt Redzuan  (A141687)
5- Fatin Nabila Bt Che Razak (A149479)
6-  Nurshakilah Atiqah Bt Ahmad(A142647)
7-  Noratiqah Binti Ahmad Kazmar(A141492)

Bola Tampar  
1- Siti Nazihah Bt Yusof  (A145001)
2-Noor Atiqah Bt Zainon(A144986)
3-Deena Bibi Nurkiah Binti Hasmadi(A145002)
4-  Raihan Bt Ramli(A147398)
5-  Fatin Nabila Bt Che Razak(A149479)
6- Noratikah Bt Kamarudin(A149847)
7- Nurul Hasanah Bt Abdul Rahman(A151599)
8-Azlia Cahyani Bt Ngalawi  (A144999)
9-Wan Kamilah Hadana Bt Wan Razali(A151760)

GANGSA

Badminton (Single)
 1.      Habiburrahman  (A139348)








Selain itu, atlet NAHDAH juga tercalon sebagai olahragawati iaitu saudari Wan Kamilah Hadana Bt Wan Razali (A151760). Beliau dinobatkan sebagai olahragawati setelah berjaya merangkul 2 pingat Emas dalam acara Badminton Perseorangan dan Pingpong Berpasangan serta 1 Perak dalam acara Bola Jaring.









Terima kasih kepada Dr Azmul Fahimi selaku Ketua Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam kerana turrut hadir pada malam tersebut.







Tahniah kepada Exco Sukan Saudara Muhammad Nur Faiz Bin Abdullah dan timbalannya Saudari Noor Atiqah Binti Zainon diatas komitmen sepenuhnya bagi menjayakan Kejohanan Piala Dekan.


Tahniah juga kepada 'team deko' yang bertungkus lumus menyediakan peralatan mengikut tema yang di pilih iaitu 'Candy Crush Saga'. 








"مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة ''

Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun'' 

Wednesday, 25 February 2015

KELAB MAHASISWA JABATAN PENGAJIAN ARAB DAN TAMADUN ISLAM [NAHDAH]

Kelab Mahasiswa Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam (NAHDAH) merupakan satu badan yang telah dibentuk untuk menjaga kebajikan pelajar di Jabatan Pengajian Arab dan Tamaddun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
          Penubuhan kelab ini adalah atas kesedaran dan initiatif mahasiswa jabatan yang prihatin terhadap soal kebajikan dan keperluan mahasiswa yang menuntut di jabatan ini. Pada 15 Disember 2000, kelab ini telah ditubuhkan berdasarkan kepada kelulusan penubuhan Badan Pelajar di bawah Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU), seksyen 53 (1) Perlembagaan Universiti (pindaan 1998) oleh Prof. Dato’ Dr Mohd. Salleh Mohd. Yasin, Timbalan Naib Canselor (Hal-ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Kebangsaan Malaysia pada masa itu.



مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة  
''Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun''

AL-MAHRAJAN AL-THAQAFIY AL-'ARABIY





AL-MAHRAJAN AL-THAQAFIY AL-'ARABIY
Arab Cultural Carnival / Karnival Kebudayaan Arab

Karnival Kebudayaan Arab merupakan suatu program yang berbentuk kebudayaan yang diadakan buat kali kedua dimana sebelum ini program ini dinamakan dengan Festival Kebudayaan Timur Tengah anjuran Kelab Mahasiswa Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH). Program ini memberi pendedahan kepada mahasiswa/i tentang fakta dan kebudayaan dari pelbagai negara di Timur Tengah. Oleh kerana tidak berpeluang melawat Timur Tengah, program ini dapat membawa mahasiswa/i di UKM untuk mengenal kehidupan dunia Timur Tengah dan pada masa yang sama juga ianya memberi peluang untuk berinteraksi dengan komuniti dan kebudayaan Arab. Di samping itu, program ini juga memberi peluang untuk mahasiswa/i melatih untuk berkomunikasi di dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris. Program ini akan mengadakan kerjasama dengan pelajar-pelajar antarabangsa seperti pelajar-pelajar dari Yaman, Jordan dan Palestin. Keberadaan pelajar-pelajar Arab ini dapat memberi manfaat yang baik kepada pelajar-pelajar yang ingin mendalami bahasa Arab.
Tarikh: 9-11 Mac 2015
Masa: 9.00AM - 4.00PM
Lokasi: Foyer Fakulti Pengajian Islam
Anjuran:
Kelab Mahasiswa Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (NAHDAH), FPI UKM
Dengan kerjasama:
1. Unit Bahasa Arab, FPI UKM
2. Jordan Student Association at UKM
3. Persatuan Pelajar Yaman, UKM
4. Persatuan Pelajar Palestin, UKM
5. Persatuan Mahasiswa Fakulti Pengajian Islam
Ditaja oleh:
Kerajaan Negeri Selangor



مؤازرة اللغة و مواكبة الحضارة

 ''Memperkasa Bahasa Menelusuri Tamaddun''

Wednesday, 7 January 2015

MAJLIS MENANDATANGANI PERJANJIAN








[8 Januari 2015]
Majlis Menandatangani Perjanjian antara Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Primeworks Studios Sdn Bhd untuk penerbitan rancangan televisyen "DOKUMENTARI ULAMA NUSANTARA" terbitan Primeworks Studios Sdn Bhd.